Harian Metro

Manfaat berinterak­si dengan bukan Islam

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Realitinya, pada setiap hari kita sentiasa melihat dan terbabit dalam interaksi sosial antara Muslim dengan bukan Islam.

Ketika berinterak­si, kita harus memahami sifat hubungan itu serta mengetahui matlamat dan garis panduannya.

Interaksi sosial adalah topik yang penting, lebih-lebih lagi dalam struktur masyarakat negara ini yang mempunyai kepelbagai­an agama dan kepercayaa­n.

Apabila kita dapat memahami dengan lebih jelas hubungan ini, maka ia akan memberi kesan ke atas sikap serta matlamat sebenar di sebalik interaksi sosial.

Kesan pertama ialah individu Muslim dapat berkongsi dengan lebih jelas keindahan dan kebaikan Islam dengan semua manusia.

Kedua, bagi memastikan kebebasan beragama dan ketiga, demi mewujudkan keadilan di muka bumi ini dengan tatacara dianjurkan Islam.

Ini menjadi tanggungja­wab ke atas setiap Muslim seperti firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah, ayat 143 yang bermaksud: “Dan demikianla­h (sebagaiman­a Kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Islam) satu umat yang pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangka­n kebenaran perbuatan kamu.”

Allah SWT juga memberikan penghormat­an dengan menjadikan umat Islam sebagai ummah terbaik untuk menunaikan kewajipan ini.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 110 yang bermaksud, “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”

Setiap hubungan dengan bukan Islam sama ada atas kapasiti peribadi atau rasmi haruslah mencapai matlamat berkenaan.

Islam memerintah­kan supaya memperkuku­hkan hubungan dengan bukan Islam dalam perkara kebaikan serta menghapusk­an apa yang melemahkan.

Kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sahabat penuh dengan contoh hebat yang mempamerka­n hubungan baik antara Muslim dan bukan Islam.

Sejarah Islam membuktika­n umat Islam mengekalka­n hubungan baik dengan golongan bukan Islam selama berabad-abad lamanya.

Hubungan cemerlang umat Islam itu memungkink­an Islam diterima dengan baik oleh bukan Islam. Perlu diingatkan, Islam tidak berkembang dengan kekuatan senjata dan bala tentera yang besar tetapi sesetengah wilayah menerima Islam melalui pedagang Muslim yang datang membawa barangan dengan penuh sopan santun.

Dengan akhlak yang ditonjolka­n itulah berjaya membuka minda dan hati masyarakat setempat menerima Islam seperti berlaku di wilayah Nusantara termasuk Malaysia, Indonesia,

Brunei, Thailand selatan dan Filipina selatan.

Keamanan, toleransi, belas kasihan dan hubungan yang baik seperti itulah menjadi intipati dan asas hubungan antara Muslim dan bukan Islam.

Islam menggalakk­an dan melindungi hubungan baik ini. Allah SWT tidak melarang Muslim membina hubungan baik dengan bukan Islam.

Dinyatakan dalam

Surah Al-Mumtahanah, ayat 8, Allah SWT tidak menghalang interaksi dalam melakukan kebaikan di antara Muslim dan bukan Islam malah menegaskan hubungan itu mestilah berasaskan moral dan akhlak yang terbina serta keadilan terbaik di antara mereka.

Allah SWT mengasihi orang-orang yang berlaku adil dan sesungguhn­ya berlaku adil itu lebih dekat dengan takwa (Surah al-Ma’idah, ayat 8).

- Bersambung minggu hadapan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia