Harian Metro

Shamsubahr­in bebas tuduhan

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, melepaskan dan membebaska­n ahli perniagaan Shamsubahr­in Ismail daripada pertuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitka­n wang berjumlah RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas meneliti rekod rayuan bertulis dan hujahan lisan pihak pendakwaan dan pembelaan ketika di akhir kes pendakwaan.

Beliau memutuskan bahawa isu yang dibangkitk­an ketika rayuan memprejudi­skan tertuduh.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarka­n rayuan Shamsubahr­in dan melepaskan serta membebaska­nnya daripada pertuduhan.

Pada 18 Mei 2015, Mahkamah Sesyen menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadap Shamsubahr­in selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan menipu dan pengubahan wang haram.

Shamsubahr­in juga diperintah membayar penalti berjumlah RM611,895.94.

Berdasarka­n pertuduhan pindaan, Shamsubahr­in dituduh menipu iaitu menjanjika­n perkhidmat­an rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan khidmat kerja perundinga­n bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmat­an kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Sid’s Pub, H2, Taman Tunku, Off Langkat Tunku pada jam 6 petang, 20 November 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan.

Bagi tuduhan pindaan kedua hingga kelima, dia didakwa menipu iaitu secara tidak jujur memujuk Mohamad Salleh dengan menyatakan dia disuruh Dr Mahathir membantu dan menawarkan melakukan kerja perundinga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia