Harian Metro

Pengarah pembekal barangan perubatan didenda RM5,000

-

Shah Alam: Pengarah sebuah syarikat pembekal barangan perubatan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana gagal menyimpan rekod mencukupi mengenai pendapatan atau kerugian perniagaan.

Nor Asyikeen Othman, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret P Sarulatha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal menyimpan rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian perniagaan bagi tahun taksiran 2012 kepada Ketua Hasil Dalam Negeri.

Pengarah Syarikat Mayo Surgical Supply itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di sebuah premis di Subang Jaya pada 11 September 2015.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 82(1)(a) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Sarulatha menjatuhka­n hukuman denda RM5,000 dan jika gagal membayarny­a, tertuduh boleh dipenjara empat bulan.

Sementara itu, di mahkamah sama, pengarah sebuah syarikat perniagaan penyelengg­araan peralatan, Yong Kee Eng, 47, mengaku tidak bersalah atas akta sama.

Yong didakwa gagal menyimpan rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian perniagaan bagi tahun taksiran untuk tempoh 2010 hingga 2012 di sebuah premis di Klang pada 18 Mac 2015.

Tertuduh yang juga Pengarah Syarikat Algood Services didakwa gagal memberikan rekod pendapatan atau kerugian kepada Ketua Hasil Dalam Negeri bagi tahun taksiran 2010, 2011 dan 2012.

Bagaimanap­un, mahkamah menetapkan 9 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Johor Bahru: Perbicaraa­n terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi @ Nor Sebandi bersama anak lelakinya dan seorang perunding hartanah ditetapkan pada Oktober dan Disember depan oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, semalam.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menetapkan tarikh untuk memulakan bicara terhadap ketiga-tiga tertuduh pada 3, 4 dan 5 Oktober sebelum disambung semula pada 4 dan 5 Disember depan.

Perbicaraa­n itu akan dilakukan serentak bagi kedua-dua kes dihadapi ketiga-tiga tertuduh iaitu membabitka­n kes rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Josiendra Abu Senin memohon tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes yang terakhir sebelum perbicaraa­n bagi memuktamad­kan senarai saksi dan dokumen yang diperlukan.

“Hari ini (semalam) adalah sebutan pengurusan kes untuk serahan dokumen bagi kedua-dua kes yang dihadapi semua tertuduh dan serahan dokumen termasuk kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) yang dihantar melalui pos kepada semua peguam yang mewakili mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia