Harian Metro

Penjaga zoo didakwa sokong pengganas Daish

-

Seorang penjaga zoo dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, semalam, atas dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish dan memiliki barang berkaitan pengganas terbabit.

Mohd Shahrulliz­am Ramli, 31, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish melalui aplikasi Telegram dengan menggunaka­n nama ‘Sharul’.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat di 177-B5, Batu 11, Gombak, antara 25 Mac hingga 29 Jun 2016. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk melakukan kesalahan itu.

Bagi pertuduhan kedua, di tempat sama pada 19 Julai 2016, tertuduh didakwa memiliki item berunsur keganasan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas termasuk pelekat kereta berlogo Daish, bendera dan lilitan kepala.

Mahkamah menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

Bekas pembantu rumah jutawan produk kecantikan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang, semalam, atas tuduhan mencuri tiga utas gelang tangan emas milik isterinya yang menjadi tular di laman sosial, bulan lalu.

Tertuduh, Sundari, 40, yang juga warga Indonesia membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Mengikut pertuduhan, Sundari didakwa mencuri tiga utas gelang tangan emas milik Datin Nurshahida Mohd Rashid bernilai RM1,509.14 di sebuah rumah di Lot 3024, Jalan Melati, Kampung Damai Kuang, di sini, pada jam 4 pagi, 18 Jun lalu.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia