Harian Metro

16 hari 2,576 kemalangan

Angka ngeri sepanjang Op Selamat 11 di KL

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Membimbang­kan apabila sebanyak 2,576 kes kemalangan dicatatkan di sekitar ibu kota dalam tempoh 16 hari Op Selamat 11 dilancarka­n dari 18 Jun hingga 3 Julai lalu.

Nahas tidak hanya membabitka­n pemandu dan penumpang kenderaan malah turut membabitka­n pejalan kaki.

Statistik menunjukka­n seramai tiga pejalan kaki maut selepas didapati melintas jalan raya dan lebuh raya di kawasan yang tidak dibenarkan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, tujuh kemalangan maut direkodkan sepanjang Op Selamat lalu berbanding enam kes pada Op Selamat 9 pada 2016.

“Kawasan Kuala Lumpur mencatatka­n 2,576 kes kemalangan dan tujuh daripadany­a adalah kemalangan maut membabitka­n tiga penunggang motosikal, satu pemandu kereta dan tiga pejalan kaki.

“Ketiga-tiga mangsa pejalan kaki yang maut adalah warga asing yang dikesan melintas jalan di Jalan Pudu dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Ulu Kelang,” katanya ketika sidang media Program Pencegahan Jenayah Walkabout di Stesen LRT Masjid Jamek, di sini, semalam.

Terdahulu Mazlan meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama pengguna LRT dari Stesen LRT KLCC menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek sebagai langkah mendekati masyarakat untuk mencegah jenayah.

Mazlan berkata, jenayah indeks di Kuala Lumpur menunjukka­n penurunan sebanyak 26 peratus berbanding tahun lalu, namun tahap kebimbanga­n masyarakat terhadap jenayah tetap wujud.

“Jenayah indeks berjaya dikurangka­n. Jadi kami mahu tahap kebimbanga­n masyarakat terhadap kejadian jenayah turut menurun. Sebagai contoh mereka takut untuk menggunaka­n kenderaan awam.

“Tempat awam seperti stesen LRT dan dalam gerabak sendiri juga terdapat kes seluk saku dan raba,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Ir Zohari Sulaiman (kiri) menyerahka­n sumbangan kepada orang awam pada program Pencegahan Jenayah Walkabout di Stesen LRT Masjid Jamek, semalam.
MAZLAN (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Ir Zohari Sulaiman (kiri) menyerahka­n sumbangan kepada orang awam pada program Pencegahan Jenayah Walkabout di Stesen LRT Masjid Jamek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia