Harian Metro

Persaraan guru besar ala Sultan Melayu

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Shah Alam: Persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong Abd Aziz Md Ali, 58, di sini, semalam melakar sejarah tersendiri bukan saja kepadanya malah sekolah apabila dia diraikan dengan berkonsepk­an Kesultanan Melayu.

Lebih menarik, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor turut turun padang bersama-sama guru, kakitangan serta murid sekolah berkenaan bagi merealisas­ikan program itu.

Abd Aziz yang berkhidmat sebagai guru sejak 1981 diarak dengan kereta antik sebelum berehat di singgahsan­a yang dibuat khas untuk majlis berkenaan.

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka upacara persaraan itu diraikan sebegitu meriah.

“Saya hanya diberitahu supaya datang ke sekolah dengan berbaju Melayu. Sejurus tiba, saya diminta menukar pakaian seakan-akan pakaian istana. “Pada awalnya saya sangka ia hanya majlis ringkas namun terharu dengan usaha mereka yang terbabit dalam menjayakan acara ini,” katanya yang ditemani isteri, Sarimah Padil.

Kunjungan dua beranak ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Selangor untuk memohon semula sijil kelahiran dan MyKid semalam, menjadi kenangan tidak dapat dilupakan apabila dokumen itu diserahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN Datuk Mohd Zahari Hassan.

Zurina Soleh, 40, dari Klang berkata, dia bersama anak, Muhammad Akmal Wajdi Aziz, 7, tiba di JPN jam 9 pagi untuk memperbaha­rui sijil kelahiran dan MyKid anaknya yang hilang.

Menurutnya, sementara menunggu dokumen berkenaan siap, dia dimaklumka­n oleh pegawai JPN tentang majlis penyerahan sijil kelahiran dan MyKid.

 ??  ?? ABD Aziz melambaika­n tangan kepada guru serta kakitangan sekolah sempena majlis persaraany­a di Sekolah Kebangsaan (SK), Bukit Jelutong.
ABD Aziz melambaika­n tangan kepada guru serta kakitangan sekolah sempena majlis persaraany­a di Sekolah Kebangsaan (SK), Bukit Jelutong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia