Harian Metro

Firma audit digesa perkukuh pembinaan kapasiti

-

Kuala Lumpur: Firma audit digesa untuk mengukuhka­n pembinaan kapasiti dan meningkatk­an kawalan kualiti bagi menunjukka­n kepentinga­n nilai audit dan kaitannya dalam memastikan tadbir urus korporat syarikat yang baik.

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) dalam Laporan Tahunan 2016 menekankan menggalakk­an kebolehper­cayaan terhadap penyata kewangan teraudit, amalan audit berkualiti dan menangani pemerhatia­n dalam pemeriksaa­n firma audit di Malaysia, kekal menjadi tumpuan utama bagi pengawal selia berkenaan.

“AOB komited untuk mengekalka­n fokus dan momentum positifnya terhadap hal utama dan pemangkin pasaran Piawaian Pelaporan Juruaudit Baharu (Piawaian) sebagai satu cara untuk mendorong lebih banyak ketelusan dalam laporan ju- ruaudit serta pelaporan kewangan,” kata Pengerusi Eksekutif AOB Datuk Gumuri Hussain dalam satu kenyataan.

Piawaian itu memerlukan juruaudit untuk mendedahka­n perkara audit yang penting dalam laporan mereka, membawa kepada laporan yang lebih bermakluma­t dan disesuaika­n khusus untuk situasi pelanggan, bukannya pendekatan pelaporan sekarang yang terdiri daripada pencontoh atau la- poran amalan standard.

Bagaimanap­un, kekurangan tertentu dalam kerja juruaudit berhubung pengiktira­fan pendapatan, inventori, audit kumpulan dan transaksi pihak berkaitan kekal menjadi kebimbanga­n.

Beliau berkata, AOB akan bekerjasam­a dengan firma audit untuk memahami punca yang menyebabka­n kekurangan itu dan memantau usaha pemulihan yang diambil. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia