Harian Metro

HBA cadang tubuh pasukan petugas khas rumah mampu milik

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mencadangk­an penubuhan Pasukan Petugas Khas Rumah Mampu Milik yang menjadi pusat sehenti bagi memantau keperluan perumahan mampu milik dalam kalangan golongan berpendapa­tan menengah di negara ini.

Setiausaha Agungnya Chang Kim Loong berkata, pasukan petugas khas itu perlu menyusun dan bertindak sebagai badan tunggal yang mengumpul dan membina pangkalan data unit rumah mampu milik di peringkat perancanga­n, sedang dibina atau sudah disiapkan.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran dan keupayaan pasukan petugas khas itu, ia perlu mengumpulk­an maklumat mengenai unit rumah mampu milik yang sudah siap, tetapi gagal dijual.

“Pasukan petugas khas ini perlu dianggotai wakil kerajaan Persekutua­n seperti Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementeria­n Kerja Raya, Kementeria­n Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Bagi melicinkan operasi pasukan, ia perlu dianggotai wakil agensi ekonomi kerajaan memandangk­an tanah di bawah kawal selia negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam sektor hartanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), institusi pembiaya serta peserta utama sektor hartanah seperti arkitek dan perancang bandar,” katanya pada sesi dialog Pembanguna­n Mampan Perumahan Mampu Milik, di sini, semalam.

Menurutnya, pasukan petugas itu perlu berikutan semakin ramai kumpulan berpendapa­tan menengah berdepan kesukaran membeli rumah dalam kategori rumah mampu milik akibat kenaikan kos sara hidup.

Katanya, kerajaan perlu berperanan membendung kemelut itu menerusi Skim Sewa

Beli (RTO) yang mampu menjadi sebahagian program perumahan sosial dan perlu diperluask­an kepada kategori rumah mampu milik.

 ??  ?? CHANG
CHANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia