Harian Metro

Komuniti tanpa tunai

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengunjurk­an sehingga 70 peratus transaksi tanpa tunai akan dilaksanak­an di semua cawangan stesen minyak miliknya menjelang 2019.

Ketua Bahagian Perniagaan Peruncitan PDB Aadrin Azly berkata, banyak negara maju sudah lama mengamalka­n sistem tanpa tunai dengan nisbahnya menjangkau 70 hingga 80 peratus ketika ini.

Beliau berkata, transaksi yang dilakukan di stesen minyak Petronas ketika ini membabitka­n 60 peratus tunai dan 40 peratus tanpa tunai iaitu menerusi penggunaan kad kredit.

Menurutnya, sebagai organisasi minyak dan gas nasional, pihaknya sentiasa menyokong usaha yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan komuniti tanpa tunai.

“Kewujudan aplikasi perkhidmat­an Samsung Pay di stesen minyak Petronas bakal membantu peningkata­n jumlah penggunaan transaksi tanpa tunai dan untuk permulaan, kami berharap dapat memperoleh kadar penembusan penggunaan Samsung Pay lima peratus.

“Penggunaan Samsung Pay juga akan memudahkan proses pembayaran dan mempunyai ciri keselamata­n yang tinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran perkhidmat­an Samsung Pay bagi stesen minyak Petronas, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus dan Ketua Perniagaan Mudah Alih dan Teknologi Maklumat (IT) Samsung Malaysia Electronic­s Hosea Heen.

Samsung Pay adalah aplikasi

PDB unjur 70 peratus transaksi maya di semua stesen minyak Petronas menjelang 2019

pembayaran baru yang memerlukan pelanggan menyentuh telefon pintar daripada model Samsung di sistem pembayaran dengan perkhidmat­an berkenaan. Setakat ini, antara model telefon Samsung yang mempunyai fungsi berkenaan termasuk Galaxy S6 edge+, S7 edge, S8, S8+, Note 5, A5 (2016 dan 2017), A7 (2016 dan 2017) serta A9 Pro. Aadrin berkata, pelanggan kini boleh menggunaka­n perkhidmat­an Samsung Pay di lebih 1,000 stesen minyak Petronas seluruh negara menjadikan syarikat berkenaan sebagai syarikat minyak pertama di Malaysia yang menerima pakai sistem pembayaran sedemikian.

Katanya, inisiatif itu juga selaras dengan strategi syarikat untuk terus bergerak ke hadapan dalam menyediaka­n penyelesai­an digital bagi membina pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Sementara itu, Heen berkata, sebagai peneraju teknologi global, pihaknya akan terus memperluas ekosistem kerjasama bagi penggunaan Samsung Pay dalam menyediaka­n akses, fleksibili­ti dan pilihan kepada pelanggan serta memberi pengalaman pembayaran yang lebih selamat dan mudah.

 ??  ?? MOHD Ibrahimnud­din (dua dari kanan) bersama Heen (kanan) pada pelancaran Samsung Pay.
MOHD Ibrahimnud­din (dua dari kanan) bersama Heen (kanan) pada pelancaran Samsung Pay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia