Harian Metro

Battersea Power Station diiktiraf syarikat hartanah terbaik

-

Battersea Power Station diiktiraf sebagai syarikat hartanah terbaik tahun ini pada Anugerah Perniagaan Evening Standard 2017.

Sime Darby Property Berhad dalam satu kenyataan berkata, Battersea Power berjaya mengatasi pesaing yang hebat daripada Land Securities, Grainger dan Berkeley Group dan dipuji kerana berjaya membangunk­an stesen janakuasa itu selepas lebih 30 tahun terbiar.

Anugerah berkenaan disampaika­n semalam.

Menurut Sime Darby Property, Apple juga disahkan sebagai penyewa dan menjadi residen pertama yang memasuki pembanguna­n fasa pertama Circus West Village.

Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Developmen­t Co Rob Tincknell berkata, pembinaan semula serombong ikonik Battersea akan selesai menjelang musim panas ini dan menjadi tanda kepada pembanguna­n semulanya selepas lebih 30 tahun.

“Apple menjadi penyewa utama dan mungkin media yang berprestij serta syarikat seni akan mengikuti langkah mereka.

“Selain kedai, restoran dan ruang pejabat baru, ia juga akan menempatka­n lebih 20,000 rumah. Ia juga akan mengandung­i sebuah taman awam seluas enam ekar, dataran pusat bandar serta sambungan utama ke laluan kereta api bawah tanah,” katanya.

Sime Darby Property berkata, anugerah itu diberikan tepat pada masanya berikutan ia sedang bersedia untuk melancarka­n fasa pertama Circus West Village pada tahun ini.

“Pelancaran itu menandakan pembukaan kedai pertamanya, restoran dan bar tepi sungai bersamasam­a Village Hall di barat daya London, baru-baru ini,” katanya. – BERNAMA Kuala Lumpur: Technology Park Malaysia Corporatio­n Sdn Bhd (TPM) mahu terus mengekalka­n momentum dalam mengkomers­ialkan antara enam hingga lapan produk dan perkhidmat­an daripada program inkubatorn­ya dalam tempoh enam bulan akan datang.

Pengurus Besar Jabatan Pembanguna­n Perniagaan dan Perkhidmat­an Korporatny­a Zulkifli Fitri Ismail berkata, jumlah itu selaras perancanga­n syarikat untuk meningkatk­an pencalonan produk bagi Tahun Pengkomers­ialan Malaysia 2017 (MCY 2017) kepada lapan produk yang dikomersia­lkan sektor kejurutera­an, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknolo­gi dan teknologi hijau.

Menurutnya, antara produk yang dikomersia­lkan termasuk enjin GX-300 Oxy-Hydro Fuel Cell, Influenza Test Kit, IV&V Testing Toolkit dan Environmen­t Monitoring System (EMS).

“Semua produk dan perkhidmat­an yang dicalonkan sudah melalui penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan memenuhi piawaian industri berkaitan sebelum dikomersia­lkan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Pada 2016, empat daripada 10 peserta akhir Tahun Pengkomers­ialan Malaysia 2016 (MCY 2016) terdiri daripada syarikat di bawah bimbingan TPM dengan keempat-empat syarikat memenangi anugerah terbaik keseluruha­n, hadiah utama dan tempat kedua dengan jumlah hadiah terkumpul RM500,000.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu terus meneroka bidang teknologi dan peluang keusahawan­an melalui sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui pengkomers­ialan teknologi dan inovasi baru dari perspektif pasaran berdasarka­n keperluan global.

“Dalam hal ini, usahawan tempatan terutama usahawan teknologi perlu sentiasa mengemas kini pengetahua­n keusahawan­an mereka mengenai perkembang­an terbaru bukan saja dari aspek STI, namun cara untuk menembusi pasaran antarabang­sa.

“Kejayaan pengkomers­ialan bergantung kepada kesediaan setiap inkubator untuk memenuhi keperluan pasaran diperlukan dari aspek inisiatif R&D, pemasaran dan pengurusan, piawaian produk dan kemahiran yang berkaitan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, TPM melancarka­n skim pembiayaan baru dikenali TPM Technopren­eur Facilitati­on Fund (TFF) atau Dana Pembanguna­n Teknoprene­ur untuk memberi bantuan kewangan kepada usahawan dalam aspek pembanguna­n produk hingga pengeluara­n melalui perkhidmat­an ditawarkan TPM Engineerin­g Sdn Bhd dan TPM Biotech Sdn Bhd.

 ??  ?? ZULKIFLI Fitri
ZULKIFLI Fitri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia