Harian Metro

Sanggup makan sisa rakan

Wanita kumpul RM129,000 dalam masa 8 bulan selepas berjimat

-

Seorang wanita berjaya menyimpan wang sebanyak AS$30,000 (RM129,000) dalam hanya lapan bulan, antara lain dengan memakan sisa makanan rakan sekerjanya.

Amanda Holden, 32, dari Portland, Oregon, berkata, tindakanny­a itu membolehka­n dia berhenti kerja dan mengembara selama setahun selepas menjimatka­n wang makan tengah hari walaupun diberi gelaran ‘Dumpster Dog’ (anjing sampah) oleh rakannya.

Amanda turut mengurangk­an aktiviti sosial serta membeli-belah sehingga wang simpananny­a membolehka­n dia berhenti kerja dan bercuti.

“Pejabat saya ramai lelaki dan mereka selalu membawa pasti kita akan berusaha menggembir­akan rakyat Portugal. Saya amat gembira makanan tetapi tidak menghabisk­annya. Saya makan sisa mereka.

“Semua orang tahu saya melakukann­ya.

Tetapi jika tiada makanan saya akan membelinya. Tidaklah sampai saya berlapar semata-mata mahu berjimat.”

Amanda berkata, dia juga mengubah tabiatnya terutama membeli-belah dan kehidupan sosialnya.

“Pertama sekali saya berhenti membeli-belah. Kemudian saya mengubah perbelanja­an seharian. Saya jarang ke salun dan tidak lagi membeli kopi.

“Langkah seterusnya, saya kurangkan berbelanja untuk makanan,” katanya.

Amanda berkata, sebaik mencapai sasarannya, dia terbang ke Mexico sebelum mengembara ke selatan Amerika Latin, tempat dia menyedari minatnya yang mendalam untuk mendidik wanita mengenai merancang kewangan. akhirnya dapat bersama anak-anak saya buat kali pertama.” - Agensi Kuwait City: Cuaca panas yang menjangkau lebih 40 darjah Celsius kelmarin menyebabka­n jalan tar di satu kawasan di Kuwait cair.

Rakaman kejadian itu dikongsi secara meluas dalam kalangan pengguna media sosial menunjukka­n musim panas ekstrem yang melanda negara itu ketika ini, berserta dengan paras debu yang tinggi dalam udara.

Suhu di negara itu dilaporkan mencecah 49 darjah Celsius awal minggu ini hingga memaksa pihak berkuasa membenarka­n pengebumia­n mayat dijalankan pada waktu malam sehingga September depan.

Kebenaran itu diberikan selepas penduduk mengadu tidak dapat menghadiri majlis pengebumia­n kerana cuaca yang terlalu panas.

Sementara itu, di Jeddah, Majlis Meteorolog­i dan Alam Sekitar Arab Saudi memberi amaran, suhu di Wilayah Timur negara itu akan menjangkau lebih 50 darjah Celsius hari ini dan keadaan itu akan berterusan sehingga minggu depan.

Kawasan lain, termasuk Riyadh, suhu dijangka kira-kira 48 darjah Celsius untuk tempoh sama.

Makkah dan Madinah serta beberapa kawasan lain dijangka mengalami tiupan angin berdebu.

Dalam pada itu, pakar astronomi negara itu, Khalid al-Zaaq berkata, minggu lepas menandakan permulaan cuaca panas di Saudi yang akan berterusan selama 52 hari. - Agensi

 ??  ?? AMANDA di dalam tong sampah untuk menggambar­kan gaya hidupnya memakan sisa makanan sebagai langkah berjimat-cermat. - Agensi
AMANDA di dalam tong sampah untuk menggambar­kan gaya hidupnya memakan sisa makanan sebagai langkah berjimat-cermat. - Agensi
 ??  ?? RONALDO bersama anak sulungnya masing-masing menggendon­g bayi kembar bintang bola sepak itu. - Agensi
RONALDO bersama anak sulungnya masing-masing menggendon­g bayi kembar bintang bola sepak itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia