Harian Metro

Pelukan sifu lebur gundah gulana

Misbun dalami isi hati pemain sebelum mula sesi latihan

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ini yang dikatakan sifu kerana melalui teknik pelukan terhadap pemain, ketua jurulatih perseorang­an lelaki Datuk Misbun Sidek mampu mendapat gambaran awal terhadap anak buahnya sebelum melakukan latihan.

Menurutnya, dengan memeluk pemain, beliau dapat merasa sendiri sama ada seseorang itu berada dalam keadaan berdebar-debar atau tidak puas hati.

“Macam-macam yang saya dapat rasa melalui teknik ini, kerana saya mahu sedaya upaya untuk menyesuaik­an diri dengan pemain dan merasai isi

Macam-macam yang saya dapat rasa melalui teknik ini, kerana saya mahu sedaya upaya untuk menyesuaik­an diri dengan pemain dan merasai isi hati mereka” Misbun Sidek

hati mereka.

“Selepas itu kita tengok bagaimana mana untuk mengerah kudrat mereka kerana ia tanggungja­wab saya,” kata bekas pemain perseorang­an lelaki negara itu.

Jelasnya, beliau tidak mahu menangguhk­an tindakan yang harus dilakukan dalam meningkatk­an kembali mutu dan kualiti pemain perseorang­an lelaki negara.

“Jika saya melakukan penerapan dengan lebih cepat, rasanya mereka juga mampu melakukan peningkata­n lebih cepat.

“Perubahan harus dilihat bagaimana untuk meningkatk­an prestasi pemain dan mencari keunggulan mereka sendiri,” kata Misbun.

Beliau yang pernah membawa Datuk Lee Chong Wei meraih perak sulung di Sukan Olimpik 2008 Beijing mengakui corak latihan untuk setiap pemain akan mula disusun minggu depan.

“Sebenarnya saya tengok seperti ada yang tidak kena (perseorang­an lelaki), itu yang membuatkan saya gatal tangan hendak masuk. Saya seperti tidak boleh menahan diri untuk masuk semula (ke dalam Persatuan Badminton Malaysia),” katanya.

Kehadiran semula Misbun ke dalam badan induk berkenaan, diterima dengan tangan terbuka oleh Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang sebelum ini pernah mengeluark­an kenyataan bahagian perseorang­an lelaki sama seperti Unit Rawatan Rapi (ICU).

Misbun menjawat jawatan berkenaan sambil dibantu tiga jurulatih yang juga bekas pemain perseorang­an lelaki Indonesia dan Malaysia iaitu Hendrawan, Indra Wijaya serta Sairul Amar Ayob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia