Harian Metro

Zii Jia mampu ganti Chong Wei

-

Kuala Lumpur: Selepas beraksi cemerlang di Terbuka Taiwan dengan mara ke separuh akhir, pemain perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia (gambar) dijangka mampu memperting­katkan prestasiny­a pada tahap tertinggi dengan kehadiran ketua jurulatih perseorang­an lelaki Datuk Misbun Sidek.

Zii Jia yang dicanang mampu menjadi pengganti Datuk Lee Chong Wei mengakui dia mula menyesuaik­an diri dengan corak latihan dan sentuhan Misbun walaupun sedar bukan tugasan mudah.

“Memang corak latihannya sangat sukar tapi sangat bagus buat kami,” kata Zii Jia yang dalam persediaan untuk mewakili negara di Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini bagi mempertaha­nkan emas perseorang­an lelaki.

Pemain kelahiran Kedah ini dilihat berada pada prestasi terbaik berbanding pemain lebih senior mahupun setaraf dengannya apabila turut mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf Grand Prix (GP) Emas di Masters Thailand, Februari lalu.

“Setakat ini saya gembira dengan prestasi kerana mara ke separuh akhir GP Emas buat kali kedua. Saya menjadi semakin yakin. Saya berharap dengan kehadiran Datuk Misbun sebagai ketua jurulatih, saya mampu memperoleh sesuatu sama seperti Chong Wei,” katanya.

Zii Jia juga mula mendapat perhatian apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia di Bilbao dan membawa pulang gangsa tahun lalu.

Selain Zii Jia, tiga pemain perseorang­an lelaki lain yang akan membawa cabaran di Sukan SEA nanti aialh Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Lim Chi Wing dan Soong Joo Ven.

Chong Wei pula akan menumpukan perhatian di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland apabila pertanding­an itu serentak dengan Sukan SEA.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia