Harian Metro

United berusaha ikat Morata

-

London: Manchester United akan membaharui usaha memburu Alvaro Morata minggu ini ketika kekecewaan Jose Mourinho mengenai kurangnya pembelian pemain semakin memuncak.

Penyerang Sepanyol itu menjadi sasaran utama serangan United sejak Antoine Griezmann memutuskan untuk kekal bersama Atletico Madrid.

Namun Real Madrid bertegas dengan tanda harga £72 juta (RM399 juta) sekali gus mengecewak­an usaha United untuk melengkapk­an skuad mereka sebelum memulakan jelajah pramusim.

Mourinho menegaskan pemain perlu dibeli sebelum kelab itu memulakan jelajah pramusim ke Amerika Syarikat hujung minggu ini dan memberikan naib pengerusi eksekutif Ed Woodward senarai pemain sasarannya bagi setiap posisi pada musim bunga lalu.

Sejak itu, Woodward hanya mampu melengkapk­an satu pembelian Victor Lindelof, pemain yang ditawarkan kepada kelab itu sejak jendela perpindaha­n Januari lalu.

Morata masih berharap menyertai kelab itu namun United bergelut untuk berunding dengan Madrid.

Gianluigi Donnarumma yang menerima kontrak baru di Milan lebih menyukarka­n keadaan selepas presiden Real, Florentino Perez melahirkan minatnya terhadap penjaga gol United, David de Gea.

Namun kelab Old Trafford itu enggan menjual De Gea dan tidak akan menggunaka­nnya untuk mengikat Morata.

Kelab itu mempunyai reputasi buruk dalam pasaran perpindaha­n di bawah pimpinan Woodward dan ada kebimbanga­n kegagalan mendapatka­n pemain dikehendak­i Mourinho tidak mungkin diterima dengan pengendali Portugis itu sudah memberi amaran selepas menang Liga Europa Mei lalu.

“Ed Woodward mempunyai senarai saya, apa yang saya mahu, apa yang saya kehendaki sejak dua bulan lalu. Kini terpulang kepadanya dan pemilik pasukan.” - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia