Harian Metro

Beto terkejut tak sampai 10 pemain lapor diri

-

Shah Alam: Pemain tengah skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Ahmad Khairul Anuar Zamri mengakui agak janggal apabila melihat hanya enam pemain melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat di Holiday Inn, di sini, semalam.

Dia yang beraksi bersama skuad Liga Super Perak itu agak terkejut dengan suasana kem negara yang jarang berlaku sebelum ini.

Kata Ahmad Khairul atau turut dikenali dengan panggilan Beto, dia sama sekali tidak menyangka hanya enam pemain menyertai latihan kerana kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok hanya tinggal 13 hari.

“Terus terang ini pengalaman pertama melihat hanya enam pemain melaporkan diri pada hari pertama. Memang sebelum ini ada pemain yang lewat lapor tapi tidak sampai kurang dari 10 pemain.

“Saya sudah lama sertai skuad kebangsaan sejak di zaman Harimau Muda, tapi suasana ketika ini memang jarang berlaku.

“Mungkin disebabkan kekangan jadual liga kita (Liga Malaysia) menyebabka­n mereka hanya akan datang beberapa hari lagi,” katanya semalam.

Walaupun

persiapan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sedikit terganggu, namun dia percaya 20 pemain lain yang akan hadir secara berperingk­at mulai 7-12 Julai ini berada pada tahap kecergasan terbaik, sekali gus memudahkan tugas Kim Swee untuk mempersiap­kan mereka nanti.

“Saya rasa dari segi kecergasan tidak ada masalah kerana mereka yang tak datang akan tetap beraksi dalam saingan liga.

“Cuma yang mungkin mendatangk­an masalah nanti dari segi taktikal saja. Begitupun saya yakin, Kim Swee sudah mempunyai perancanga­n tersendiri untuk mengatasi masalah itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia