Harian Metro

Enggan cepat panik

-

Shah Alam: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi masih belum mahu menekan sebarang ‘butang panik’ biarpun persiapan skuad bawah 22 tahun negara (B-22) dilihat terganggu ketika ini.

Yusoff yang juga bertindak selaku pengurus pasukan tetap percaya pihaknya masih mampu menghantar skuad terbaik untuk Kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19 hingga 23 Julai ini dengan menyasarka­n untuk layak ke pusingan akhir di China tahun depan.

Katanya, meskipun hanya enam pemain melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat skuad B-22 semalam, beliau tetap percaya dengan kemampuan Datuk Ong Kim Swee menyiapkan pasukan.

“Saya kira kami akan dapat selesaikan masalah mengenai kehadiran pemain ini hampir 90 peratus.

“Kami faham kekangan pasukan Liga-M dengan ada yang mengalami masalah kecederaan serta kekurangan pemain berikutan jadual liga padat.

“Namun, sasaran kita tetap sama iaitu cuba melepasi pusingan kelayakan.

“Berdasarka­n pemerhatia­n sepanjang aksi siri persahabat­an di China tempoh hari, kita mempunyai peluang layak ke pusingan akhir nanti,” katanya.

Pada hari pertama latihan pusat negara, Kim Swee menerima tamparan hebat dalam usaha mempersiap­kan skuad terbaik apabila hanya enam pemain sahaja berjaya melaporkan diri di Holiday Inn, di sini, semalam.

Pada saingan kelayakan kali ini, Malaysia mempunyai peluang cerah layak ke pusingan akhir di China apabila diundi dalam Kumpulan H bersama tuan rumah Thailand, Indonesia dan Mongolia.

“Baki pemain akan mula menyertai latihan secara berperingk­at dari 7-12 Julai ini. Saya sudah minta jurulatih untuk terus mengadakan sesi latihan bersama dengan enam pemain itu ketika ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia