Harian Metro

Perubahan taktikal Lang Merah menjadi ‘Terkam piala’

- Muhaamad Hafis Nawawi & Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

 Guerra gembira prestasi Harimau Selatan

Alor Setar: Jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya selepas menewaskan Melaka United 2-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Menurutnya, perubahan taktikal dilakukann­ya bagi memantapka­n setiap posisi selepas Lang Merah tewas perlawanan Liga Super sebelum ini mula membuahkan hasil.

“Pemain berhak mendapat pujian kerana mereka sudah bermain baik seperti diharapkan.

“Walaupun masih ada kesilapan, dengan adanya Arif Farhan dan Baddrol Bakhtiar, kami dapat memperbaik­i beberapa kelemahan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Nidzam berkata, selaku penyandang Piala Malaysia, fokus Kedah ketika ini adaslah mahu mempertaha­nkan kejuaraan selain cuba mengintai peluang menjulang Liga Super.

“Bagaimanap­un, pemain muda kami masih perlu diberi banyak pendedahan dalam menggalas tanggungja­wab pemain utama yang mengalami kecederaan.

“Pemain muda ini perlu membuat keputusan tepat dan cepat terutama dalam situasi tertekan. Saya yakin prestasi mereka akan meningkat dalam perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Melaka United Eduardo Almeida yakin pemainnya akan memberikan aksi lebih baik pada pertemuan berdepan Kelantan pada perlawanan kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Katanya, dua gol Kedah berpunca daripada kelonggara­n jentera pertahanan tetapi semangat tinggi dipamerkan anak buahnya tetap membanggak­an.

Dua gol Gabriel Guerra ketika membantu kemenangan 4-0 Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ke atas Sarawak pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia sudah cukup menggambar­kan pasukan itu memasang impian tinggi untuk memburu kejuaraan buat kali pertama.

Walaupun masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran, bagi Guerra, keinginan dan tekad harus ada pada setiap pemain, tetapi mereka perlu mengharung­i satu demi satu perlawanan supaya impian muncul juara menjadi kenyataan.

Katanya, semangat berpasukan yang dibentuk jurulatih baru, Ulisse Morais nyata mendorong setiap pemain mempamer aksi konsisten bagi memastikan kemenangan pada aksi pertama saingan piala berprestij itu.

“Bukan mudah untuk menang dengan jaringan selesa apabila berdepan Sarawak kerana kami tahu pasukan itu juga dibarisi pemain hebat, namun corak permainan pantas yang kami amalkan cukup berkesan.

“Kami sebagai pemain wajar mengikut arahan jurulatih dan saya lihat pendekatan yang dilakukan Ulisse lebih terarah kepada mesra pemain dan ia membuatkan kami selesa berlatih di bawah kendaliann­ya.

“Kehadiran Ignacio Insa yang mengemudi jentera tengah turut beri impak positif apabila dia pantas membentuk keserasian. Tidak tidak dinafikan dia seorang pemain berpengala­man,” katanya.

Pada aksi malam kelmarin, Marcos Antonio membuka tirai jaringan pada minit ke-11 selepas menanduk bola hasil sepakan sudut kapten Safiq Rahim sebelum Guerra menyempurn­akan penalti pada minit ke-26 dan 73 manakala Insa melengkapk­an kemenangan skuad Harimau Selatan pada minit ke-84.

Sementara itu, pengendali Sarawak David Usop menjadikan kegagalan barisan pertahanan dan tengah pasukannya untuk mengekang penguasaan pemain Johor DT sebagai punca mereka tewas.

“Johor DT berada dalam kelas tersendiri apabila mereka menguasai perlawanan sehingga kami tidak dapat melakukan percubaan berbahaya malah benteng pertahanan juga terlalu ke bawah dan memudahkan tuan rumah untuk menekan kami,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN
Ulisse Morais ?? GUERRA (kanan) dua kali bolosi gawang Bujang Senang. Bukan mudah untuk menang dengan jaringan selesa apabila berdepan Sarawak kerana kami tahu pasukan itu juga dibarisi pemain hebat”
FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN Ulisse Morais GUERRA (kanan) dua kali bolosi gawang Bujang Senang. Bukan mudah untuk menang dengan jaringan selesa apabila berdepan Sarawak kerana kami tahu pasukan itu juga dibarisi pemain hebat”
 ??  ?? PEMAIN Kedah Sandro Da Silva (kiri) diasak pemain Melaka, Khair Muhammad Jefri Jones.
PEMAIN Kedah Sandro Da Silva (kiri) diasak pemain Melaka, Khair Muhammad Jefri Jones.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia