Harian Metro

Status Seydi terus jadi misteri

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

 KAFA kecewa sikap FMLLP acuh tak acuh dalam pendaftara­n pemain import baru Kelantan

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) jelas kecewa terhadap sikap membisu Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) berhubung status pendaftara­n import baru mereka, Seydi L Imam

Sehingga kini, KAFA belum menerima sebarang

(gambar).

maklumat daripada pengendali liga bola sepak negara itu walaupun surat rayuan untuk mendapatka­n khidmat Seydi sudah dihantar 21 Jun lalu.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata, pihaknya pelik dengan sikap berdiam diri FMLLP sehingga menimbulka­n persoalan sama ada rayuan itu diterima atau sebaliknya.

Menurutnya, KAFA termasuk beliau sendiri pernah bercakap dengan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam yang berjanji akan memberi jawapan segera.

“Sehingga kini, tiada sebarang jawapan daripada FMLLP. Hari ini, saya akan hantar surat rayuan kali kedua bagi mendapatka­n jawapan dan alasan daripada mereka berhubung surat rayuan pertama.

“(Tindakan) mereka banyak menyusahka­n KAFA. Kami sekarang memelihara Alessandro Celin yang ‘sakit’ dan pada masa sama tidak berani menamatkan kontraknya disebabkan masih menunggu keputusan FMLLP berhubung status Seydi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik tamat perlawanan Kelantan bertemu UiTM FC, malam kelmarin sebelum melihat bas baru The Red Warriors

(TRW) bernilai RM600,000 yang ditaja Konsortium E-Mutiara.

Terdahulu, hasrat Kelantan bagi mendapatka­n khidmat pemain kelahiran Perancis itu terbantut selepas pendaftara­n Seydi tidak diluluskan FMLLP lantaran masih ada syarat yang belum dipenuhi KAFA.

Jika FMLLP masih mengekalka­n sekatan perpindaha­n Seydi, bermakna KAFA terpaksa menampung gaji Celin dan Seydi sekali gus bakal memberi impak buruk kepada pasukan.

“Kami harap FMLLP telus dalam menyelesai­kan masalah ini. Kami tidak tahu apa lagi dokume) yang mereka perlukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia