Harian Metro

Bonus buat kami: Abu Bakar

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pendatang baru saingan Piala Malaysia musim ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC mencipta kejutan dengan mencalar maruah T-Team menerusi kemenangan 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Malah, lebih menggembir­akan buat skuad yang juga pendatang baru Liga Perdana itu apabila mencatat kemenangan di laman lawan ke atas pasukan Liga Super yang pernah layak ke separuh akhir musim lalu.

“Kami datang ke Kuala Terengganu dengan misi mengutip sekurang-kurangnya satu mata kerana sedar lawan antara pasukan berkualiti.

“Tapi kejayaan ini adalah bonus buat kami lebih-lebih lagi beraksi di stadium lawan,” kata jurulatih PKNP FC Abu Bakar Fadzim

Ketika ditanya faktor kemenangan pasukannya yang hanya menurunkan tiga berbanding empat import The Titans, Abu Bakar menyatakan kejayaan itu hasil disiplin

(gambar).

tinggi dipamerkan anak buahnya.

“Selain itu, pemain kami cukup bersabar dan bertahan serta menanti peluang terbaik untuk meledak jaringan biarpun majoriti pemain tidak pernah beraksi dalam saingan Piala Malaysia.

Sementara itu, pengendali T-Team Rahmad Darmawan mengaku faktor kecergasan pemain menjadi punca mereka diaibkan PKNP.

Jurulatih kelahiran Indonesia itu turut mengaku corak permainan tidak tersusun pemainnya juga menyumbang kepada kekalahan berkenaan.

“Apa yang membezakan kami dengan PKNP malam ini (kelmarin) adalah tahap kecergasan. Selain itu, lawan beraksi lebih agresif berbanding kami yang jelas keletihan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia