Harian Metro

Wani sasar spm 9A

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Cuba seimbang sebaik mungkin

antara pelajaran dan kerjaya seni

Industri muzik tanah air ada naik dan turunnya.

Bagi penyanyi Wani Kayrie, dia mengakui ada ketikanya berada di atas dan ada masanya di bawah.

“Tahun lalu nampaknya bukan milik saya. Ketika itu hadir dengan single berjudul Berteman Saja, tetapi nasib tidak menyebelah­i saya.

“Ketika itu, lagu genre seperti rock 90-an kembali mewarnai industri muzik, tetapi Berteman Saja pula lebih kepada lagu yang sedikit berat untuk diterima anak-anak muda,” katanya.

Namun, itu tidak mematahkan semangatny­a untuk terus berkarya dan tahun ini dia mencuba sekali lagi dengan single ketiga berjudul Aku Suka Kamu.

Ia dicipta Audy Mok dan lirik oleh Shazzy.

“Tahun ini saya juga sibuk dengan peperiksaa­n SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), namun cuba seimbangka­n sebaik mungkin antara pelajaran dan kerjaya seni,” katanya.

Sedikit sebanyak, pengalaman­nya membahagik­an masa antara dua perkara utama itu bukan yang pertama memandangk­an dia pernah melaluinya sebelum ini.

“Ketika saya muncul dengan lagu Jangan Jangan dua tahun lalu, saya bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaa­n PT3 dan kali ini SPM.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk berjaya dalam pelajaran dan pada masa sama, tidak leka untuk mempromosi­kan lagu baru ini,” katanya.

Wani yang juga pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman, Petaling Jaya lega kerana mendapat kepercayaa­n pihak sekolah.

“Guru juga mengharapk­an saya. Saya juga membawa nama sekolah. Mereka selalu berpesan supaya saya tidak leka sehingga mengabaika­n pelajaran,” katanya.

Menurut Wani, dia akan menutup semua media sosial dan telefon pintarnya ketika belajar.

“Di sebelah pagi, saya ke sekolah manakala di sebelah petang bekerja untuk mempromosi­kan single baru.

“Ketika belajar, saya akan tutup telefon bimbit dan lupakan media sosial buat seketika. Kalau boleh, saya nak fokus kepada pelajaran pada waktu itu dan apabila selesai, baru kembali seperti remaja lain,” katanya yang menyasarka­n 9A dalam SPM tahun ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia