Harian Metro

SANTAI DENGAN ZIKRULLAH

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Islam tidak melarang umatnya berhibur tetapi jangan sehingga melalaikan.

Salah satu usaha untuk mengembali­kan kejayaan peradaban Islam ialah dengan mewujudkan semula pautan hati kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melalui majlis zikrullah yang dilakukan dalam situasi santai serta menghiburk­an.

Sehubungan itu, Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) menganjurk­an 1st World Sama’ Fest di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), pada 28 Julai ini, jam 8 malam.

Penganjura­n kali pertama itu mengikuti garis panduan

PERTAMA anjur festival persembaha­n cintai Allah dan

Rasulullah

syarak yang ketat.

Setiausaha Agung PERTAMA, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaeid berkata, festival itu adalah sebahagian daripada komponen Haflah Zikir Perdana Sedunia 2017 yang bertujuan mengetenga­hkan hiburan dalam ketaatan dan pada masa sama untuk mencetuska­n kebangkita­n peradaban Islam.

“Sama’ yang berasal dari bahasa Arab bermaksud mendengar. Konsep festival ini terdiri daripada alunan bacaan al-Quran, salawat, qasidah, nasyid dan naat yang mengandung­i nasihat agama dan pujian terhadap Allah dan Rasul-Nya.

“Festival itu akan turut mengumpulk­an persembaha­n dari beberapa benua sebagai tanda perpaduan ummah dalam mencintai Allah dan Rasulullah bersesuaia­n dengan tema ‘Unity in Love’,” katanya.

Perjalanan festival itu bermula dengan alunan bacaan al-Quran dan menampilka­n pelajar pintar dari Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, pelakon Johan As’ari dengan kumpulan Suara Pertama, persembaha­n Raihan, Khalwati Ushaqqi (Turki), Nur Muhammad (Maghribi), Hassan Khurshid (Pakistan), Rabitah An Nur (Syria) dan Chicago Mawleed Committee (Amerika Syarikat).

Tarian Darwish dari

Turki turut dipersemba­hkan dalam acara itu selain penampilan istimewa Datuk Nash Lefthanded dan Datuk Hattan.

Tiket untuk menyaksika­n festival itu boleh dibeli melalui www.tickethotl­ine. com.my pada harga RM89 hingga RM489.

 ?? FOTO: ?? SHEIKH Abdul Kareem (tengah) bersama Hattan (kiri) dan Nash.
FOTO: SHEIKH Abdul Kareem (tengah) bersama Hattan (kiri) dan Nash.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada artis ketika majlis pelancaran 1st World Sama’ Fest anjuran Pertama, baru-baru ini.
SEBAHAGIAN daripada artis ketika majlis pelancaran 1st World Sama’ Fest anjuran Pertama, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia