Harian Metro

Bayangan ucap selamat tinggal

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Menerima jolokan ‘godfather’ Marvel Cinematic Universe, bintang popular Robert Downey Jr mengejutka­n ramai apabila memberi bayangan mahu meninggalk­an wataknya sebagai adiwira Iron Man.

Pelakon berusia 52 tahun itu meluahkan keraguan terhadap masa depannya dengan Marvel Studios ketika ditemu bual wartawan News Corp Australia Network, baru-baru ini.

Downey kembali memakai perisai besi Iron Man buat kali kelapan dalam filem baru Spider-Man: Homecoming yang akan menemui penonton di seluruh negara, hari ini.

Meskipun niat itu ada, bapa kepada dua anak berusia lima dan dua tahun ini sudah menandatan­gi kontrak untuk membintang­i Avengers 3 dan Avengers 4.

Menurut Daily Mail, Downey mula berfikir mengenai perkara itu selepas terpegun melihat persembaha­n penuh bertenaga pelakon muda Tom Holland sebagai Spider-Man.

“Saya tidak mahu membuat keputusan ini dan membuat keputusan untuk berlakon sekali lagi,” katanya.

Pelakon itu turut mengakui sudah penat menjadi Iron Man yang juga jutawan terkenal bernama Tony Stark.

“Saya cuma mahu berhenti sebelum saya menjadi malu,” katanya yang bimbang lakonannya sebagai Iron Man terlalu lama.

Dalam pada itu, Downey memuji Holland dengan menyifatka­n pelakon berusia 21 tahun itu seorang yang berbakat dan bijak.

Downey yang sudah satu dekad menjadi Iron Man itu turut mengesahka­n tiada perancanga­n untuk filem Iron Man keempat dalam masa terdekat ini.

Kali terakhir Downey membintang­i watak utama adalah pada 2014 dan selepas itu, dia memperlaha­nkan karier lakonannya untuk memberi perhatian kepada anaknya, Exon serta Avri.

 ??  ?? Saya cuma mahu berhenti sebelum saya menjadi malu
Saya cuma mahu berhenti sebelum saya menjadi malu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia