Harian Metro

CABARAN RENTASI KOLAM BERSELUT

-

Keberanian pengembara teruji untuk sampai ke pintu

terowong batu kapur

Terletak di celahan bukit batu kapur yang menghijau, meneroka terowong yang juga dikenali 6th Mile Tunnel itu adalah antara aktiviti sukan ekstrem yang berpaksi alam semula jadi ditawarkan Lost World Adventure Park di Lost World Of Tambun, Perak.

Dulunya, terowong ini dipercayai pernah digunakan pengganas komunis untuk bersembuny­i daripada musuh selain menjadi kawasan perlombong­an bijih timah.

Pengembara perlu juga melalui kolam berselut untuk ke pintu gua, sekali gus membuktika­n terowong ini begitu strategik sebagai kawasan persembuny­ian.

Tempatnya terpencil dan hanya mempunyai satu laluan keluar dan masuk. Terowong ini satusatuny­a laluan yang dapat menghubung­kan seseorang ke tengah hutan gua batu kapur di sini.

Setiap pengembara dibekalkan jaket keselamata­n, topi keselamata­n dan lampu kepala untuk memudahkan perjalanan serta menjamin keselamata­n.

Jika tidak dimaklumka­n, tentu tiada siapa yang menyangka wujudnya terowong sepanjang 700 meter di dalam gua di kawasan berkenaan.

Namun, kami perlu melepasi kolam berselut dengan cara mengapungk­an badan dan berpaut pada tali.

Berpijak pada selut atau lumpur di dalam kolam itu mungkin akan mengakibat­kan anda kehilangan kasut kerana selut di dalam kolam itu bagai menarik apa juga di permukaann­ya.

Sebaik memasuki pintu terowong, sekali lagi kami perlu meredah air yang jernih dan sejuk paras dada dan ketinggian air itu berubah-ubah sepanjang menyusuri terowong.

Meneroka terowong itu, paras air perlahan-lahan semakin cetek. Kami juga terserempa­k spesies ikan seperti keli berwarna biru. Jujurnya, penulis sangat terpegun melihat warna ‘ikan keli’ yang berbeza dengan apa yang kita sering lihat.

Semakin lama berjalan, semakin banyak yang ditemui. Dalam kegelapan dan hanya berbekalka­n lampu suluh, kami dapat melihat pembentuka­n stalagmit dan stalaktit di siling serta lantai terowong yang cukup mengujakan.

Kristal berkedipan di kiri dan kanan terowong yang sempit persis pintu gerbang itu juga membuatkan penulis semakin teruja.

Pembentuka­n kristal yang mengambil masa ratusan tahun itu cukup berharga. Namun, sudah pasti kristal yang ada di dalam terowong ini dilarang untuk diambil mahupun disentuh.

Kawasan dinding batu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia