Harian Metro

DAMAI BERMALAM DI TENGAH TASIK

-

DARI MUKA 1

Kerajaan negeri turut menggamit pelancong ke sini dengan membina pelbagai kemudahan asas termasuk Hentian Royal Belum Amanjaya yang lebih sistematik dan selamat menggantik­an Jeti Awam Tasik Banding sebelum ini.

Rumah bot dua tingkat lima bilik yang boleh memuatkan 40 orang dibina dengan rekaan yang berlainan bagi memenuhi cita rasa pelancong terutama untuk keselesaan bermalam atau hanya melakukan aktiviti yang dirancang.

Bagi kaki pancing, selain berpeluang memancing pelbagai spesies ikan seperti kelah, toman dan baung, keindahan panorama alam semula jadi yang disajikan juga cukup mengujakan.

Pengalaman berada di tengah tasik sambil berbeku ikan segar yang berjaya dipancing juga antara kenangan terindah yang pasti tidak akan dilupakan.

Menyusuri tasik dengan bot laju yang disediakan bersama pakej sewaan dengan jarak 45 minit dari Hentian Royal Belum Amanjaya Banding ke Royal Belum dan berswafoto dengan pokok menghijau di tebing tasik yang indah turut mencipta pengalaman baru.

Bermalam di tengah tasik atas rumah bot pada waktu malam juga pengalaman menyeronok­kan lebih-lebih lagi saat menyaksika­n taburan bintang dan bulan di dada langit. Hembusan angin malam yang bertiup lembut ditambah dengan suasana malam yang sejuk memberikan kedamaian yang tidak tergambar dengan kata-kata.

Sesekali menyaksika­n cahaya lampu kenderaan yang melalui jambatan Tasik Banding menghubung­kan Perak dan Kelantan dari kejauhan nampak bagaikan meniti di atas titian kecil.

Di sini, tiada lagi hiruk-pikuk kesibukan atau kebingitan kota kecuali nyanyian pelbagai unggas rimba yang mendamaika­n jiwa dan mententera­mkan fikiran selepas sekian lama dibebani tugas harian di ibu kota.

Di kala mentari mula menjengukk­an diri, keriuhan unggas termasuk suara kera lotong dan pelbagai spesies haiwan hutan di belantara kedengaran dari sekeliling daratan tasik ini sebagai menandakan hari beransur siang.

Pengunjung turut berpeluang melihat kecekapan penduduk Orang Asli yang menggunaka­n rakit buluh untuk menangkap ikan secara tradisiona­l berhampira­n tebing yang menjadi sumber rezeki keluarga mereka.

Percutian menjadi lebih lengkap sekiranya mengadakan aktiviti berkumpula­n di daratan di Royal Belum seperti jungle trekking, sukaneka, menjejaki bunga Rafflesia, bermesra dengan penduduk Orang Asli suku Jahai dan ke beberapa lokasi air terjun seperti Sungai Kooi, Sungai Ruok dan Sira Papan.

Oleh itu, pelancong disyorkan membuat tempahan menyewa rumah bot ini sebulan sebelum tarikh dikehendak­i kerana ada ketika rumah bot di sini habis ditempah pelancong terutama pada musim cuti sekolah atau perayaan.

Seorang pengusaha pelanconga­n di Tasik Banding yang juga pemilik rumah bot, Syafaizal Alaauldin 40, berkata, sejak setahun lalu kedatangan pelancong termasuk dari luar negara ke Tasik Banding semakin bertambah.

“Rumah bot saya dan rakan pengusaha lain sentiasa memberi perkhidmat­an yang selesa dan memuaskan supaya percutian pelancong bukan saja bermanfaat, tetapi juga menjadi kenangan manis sepanjang hidup.

“Pelancong boleh memilih sama ada mahukan bot yang luas dan selesa dengan lima bilik yang boleh memuatkan 40 orang atau yang datang seramai 30 orang dengan empat bilik yang menjimatka­n,” katanya.

Dengan nama Syarikat Hijau

21, Syafaizal yang mengusahak­an rumah bot dua tingkat sejak lima tahun lalu membawa pelancong menyusuri sama ada ke Tasik Temengor atau Hutan Royal Belum mengikut permintaan pelancong.

“Pelancong boleh bersiarsia­r mengelilin­gi Pulau Banding atau menyusuri tebing ke Tasik Temengor untuk menyaksika­n pelbagai spesies burung dan unggas yang banyak berterbang­an terutama pada waktu senja.

“Di atas rumah bot juga boleh bermesyuar­at kerana disediakan ruang ini selain boleh digunakan untuk berkaraoke. Sementara mereka yang mahu berbeku di atas bot juga disediakan kemudahan bagi memberi percutian bersama rumah bot menjadi kenangan indah,” katanya.-D J Dolasoh

 ??  ?? TASIK BANDING tawar kehijauan dan keindahan alam semula jadi. HENTIAN Royal Belum Amanjaya Banding, Gerik ini menjadi dimensi baru dalam peta pelanconga­n Perak. PEMANDANGA­N indah deretan batang pokok kayu balak di dalam tasik berhampira­n pondok...
TASIK BANDING tawar kehijauan dan keindahan alam semula jadi. HENTIAN Royal Belum Amanjaya Banding, Gerik ini menjadi dimensi baru dalam peta pelanconga­n Perak. PEMANDANGA­N indah deretan batang pokok kayu balak di dalam tasik berhampira­n pondok...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia