Harian Metro

SUP RUSUK RUSA BUKA SELERA

- Rodly Fadly rencana@hmetro.com.my

Hidanganny­a tampak terlalu ringkas, hanya sepinggan nasi putih dan semangkuk kecil sup. Namun, selepas mencubanya, ternyata ia memberi rasa yang luar biasa!

Tidak hairan, sejak diperkenal­kan pada Ramadan lalu, sup rusuk rusa menjadi menu pilihan bagi pengunjung Restoran Azra Grill di Rawang, Selangor.

Selain rasa sup asli, keenakan rusuk rusa yang segar benar-benar membuka selera walaupun sekadar dimakan dengan nasi kosong atau roti.

Pemilik restoran berkenaan, Fathi Akhbar berkata, sup yang dihidangka­n adalah resipi tradisi keluarga namun apa yang menambahka­n keenakanny­a adalah rusuk rusa yang segar dari ladang.

“Semua rusuk ini adalah daripada sembelihan rusa yang kami pelihara sendiri. Jadi, ia dijamin segar.

“Sekali pandang, tidak banyak beza dengan sup tulang lembu, tapi sebenarnya sup rusuk rusa lebih sedap. Bagi penggemar sup, sudah pasti mereka dapat membezakan­nya,” kata Fathi.

Ternyata selepas mencuba sendiri, penulis mengakui kebenaran kata-kata Fathi itu. Selain menikmati kesedapan kuahnya yang enak dihirup begitu sahaja, menghisap rusuk sambil menggigit sisa isi yang melekat di tulangnya sungguh mengasyikk­an.

Memang benar, daging rusa lebih enak daripada lembu atau kambing. Rasanya sangat berbaloi mengeluark­an RM10 untuk menu istimewa ini.

Namun jika anda ingin memadankan nasi bersama sup rusuk tulang dengan menu lain seperti ayam golek atau daging panggang mahupun ikan salmon panggang, ia tetap kombinasi yang sesuai.

Begitupun menurut Fathi, selalunya pelanggan lebih gemar menjadikan sup rusuk rusa sebagai ‘pencuci mulut’ kerana mereka berpendapa­t ia lebih enak dinikmati begitu sahaja.

“Kebanyakan pelanggan terutama yang kaki sup akan menikmati juadah lain terlebih dahulu seperti ayam golek atau daging panggang, lamb chop, steak, bebola daging, spaghetti dan lain-lain menu yang terdapat di sini.

“Selepas itu baru mereka memesan sup rusuk rusa sebagai menu penutup. Selain itu, dua lagi hidangan berasaskan daging rusa iaitu steak dan panggang juga menjadi kegemaran pelanggan,” katanya.

Fathi berkata, dia tidak menyangka percubaann­ya memperkena­lkan menu baru berasaskan rusa mendapat sambutan.

“Seperti diketahui, orang kita lebih gemar daging lembu atau kambing, juga ayam. Rusa seolaholah makanan eksklusif kerana harganya yang lebih mahal. Tapi, rusa adalah menu paling ‘panas’ di Restoran Azra sekarang,” katanya.

 ??  ?? FATHI dan isteri, Shazana Razali turut menghidang­kan pelbagai menu Barat di Azra Grill.
FATHI dan isteri, Shazana Razali turut menghidang­kan pelbagai menu Barat di Azra Grill.
 ??  ?? SALMON panggang. Sekali pandang, tidak banyak beza dengan sup tulang lembu, tapi sebenarnya sup rusuk rusa lebih sedap.
Bagi penggemar sup, sudah pasti mereka dapat membezakan­nya
SALMON panggang. Sekali pandang, tidak banyak beza dengan sup tulang lembu, tapi sebenarnya sup rusuk rusa lebih sedap. Bagi penggemar sup, sudah pasti mereka dapat membezakan­nya
 ??  ?? SUP rusuk rusa juga boleh dimakan dengan roti.
SUP rusuk rusa juga boleh dimakan dengan roti.
 ??  ?? SEMANGKUK sup rusuk rusa dan sepinggan nasi sudah cukup membuka selera.
SEMANGKUK sup rusuk rusa dan sepinggan nasi sudah cukup membuka selera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia