Harian Metro

Gambaran KEHIDUPAN NELAYAN

-

Muzium Nelayan Tanjung Balau papar cara hidup

sejak zaman dahulu hingga kini

Muzium Nelayan Tanjung Balau yang dibangunka­n Lembaga Pembanguna­n Johor Selatan (Kejora) antara destinasi percutian yang perlu dikunjungi.

Terletak di utara Desaru iaitu di Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor kunjungan ke sini sangat bermanfaat kerana muzium ini memaparkan kehidupan nelayan pada zaman dahulu.

Dibina pada 20 Ogos 1990 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai 1992, pembinaann­ya bertujuan memberi maklumat dan pengetahua­n kepada orang ramai mengenai budaya serta cara hidup nelayan tempatan sejak dari zaman dahulu hingga hari ini.

Lokasinya yang berhampira­n perkampung­an nelayan Tanjung Balau amat sesuai dengan konsep keseluruha­n kawasan ini yang bertemakan kehidupan nelayan selain kampung itu sendiri adalah penempatan nelayan tertua di Johor.

Muzium ini dibahagika­n kepada beberapa galeri seperti kehidupan nelayan, model perahu nelayan, jenis peralatan menangkap ikan, peralatan nelayan Orang Asli, peralatan nelayan moden, model kaedah menangkap ikan, diorama kehidupan nelayan dan galeri perahu.

Di sini juga, anda berpeluang melihat pelbagai peralatan menangkap ikan termasuk jala, bubu, rumah rakit, kelong, tombak, kisa, pukat dan banyak lagi yang pastinya cukup mengujakan.

Muzium ini juga turut memaparkan gambar dan lukisan mengenai suasana kampung nelayan dan kehidupan masyarakat­nya yang harmoni.

Selain melihat sendiri artifak yang dipamerkan di muzium ini, kunjungan ke Tanjung Balau ini juga pastinya lebih mengujakan saat menikmati keindahan laut yang membiru dan perkampung­an nelayannya yang tersusun.

 ??  ?? DINOSAURS Alive In Kuala Lumpur tawar keterujaan tersendiri. PAMERAN RAJA KITA TARIKH: 2 Mei - 4 September
TEMPAT: Muzium Diraja, Kuala Lumpur
TELEFON: +603 2267-1109, 2267-1088, 2267-1049 LAMAN WEB: www.jkkn. gov.my
KARNIVAL JUALAN MEGA...
DINOSAURS Alive In Kuala Lumpur tawar keterujaan tersendiri. PAMERAN RAJA KITA TARIKH: 2 Mei - 4 September TEMPAT: Muzium Diraja, Kuala Lumpur TELEFON: +603 2267-1109, 2267-1088, 2267-1049 LAMAN WEB: www.jkkn. gov.my KARNIVAL JUALAN MEGA...
 ??  ?? MUZIUM Nelayan Tanjung Balau menanti dengan pelbagai
maklumat menarik mengenai kehidupan nelayan.
MUZIUM Nelayan Tanjung Balau menanti dengan pelbagai maklumat menarik mengenai kehidupan nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia