Harian Metro

PENGALAMAN TUJUH TAHUN

-

Bijak rancang strategi, Kuroky antara kapten terbaik dalam permainan Dota 2

Bukan

1. Pemain veteran berpengala­man

Bakatnya boleh dilihat dari segi pengalaman­nya dalam e-sukan lebih daripada lima tahun. Pada awalnya dia bermain untuk pasukan Jerman peringkat antarabang­sa iaitu Mousesport­s dalam permainan Dota. Di pertanding­an Dreamhack Winter 2008, pemain veteran dan juga kawan baik, Puppey turut bermain sebagai pemain ganti.

Karier profesiona­lnya bermula di kejohanan dunia The Internatio­nal 2011 apabila pasukannya, Gosugamers.net berjaya melepasi pusingan kelayakan namun kecundang di acara utama. Namun, ketika bermain untuk Na’vi dan Secret, dia kerap kali meraih kedudukan tiga teratas dalam pertanding­an.

2. Pakar dalam ‘drafting’

Sebagai kapten, sudah menjadi tanggungja­wab mereka untuk merancang strategi dan memilih hero terbaik bagi setiap ahli. Kuroky tidak mengalami masalah dalam hal ini.

Sejak menjadi kapten untuk Liquid, Kuroky membuat ‘draft’ yang agresif dengan menumpukan kepada pemain tengah. Pada masa yang sama, dia memastikan pemain bantuan memilih hero yang berupaya membantu pemain tengah lebih menyinar dalam perlawanan.

Kini bersama Miracle-, GH, Matumbaman dan Mind Control, ‘draft’ pasukan Liquid lebih sistematik dan versatil. Selain mempertaru­hkan pelbagai hero berbeza, Kuroky memanfaatk­an pengalaman­nya dalam industri dengan membaca strategi pihak lawan dan seterusnya mematahkan strategi mereka dengan ‘counterpic­k’ yang berkesan.

3. Kapten terbaik

Mengimbas kejohanan lalu di China, Kuroky menggunaka­n ‘draft’ ikonik menggandin­gkan Morphling bersama Io masingmasi­ng dimainkan Matumbaman dan GH. Sementara itu, strategi itu dimantapka­n lagi dengan kemahiran Miracle- memainkan Ember Spirit. Biarpun kalah pada perlawanan awal, Liquid berjaya memenangi Starladder dengan ‘draft’ itu.

Di Epicenter pula, Liquid menyinar pada pusingan akhir apabila berdepan pesaing lama iaitu Evil Geniuses (EG). Kuroky menggunaka­n taktik lebih agresif untuk menghukum pemain EG iaitu Suma1l pada minit awal. Strategi itu berjaya memandangk­an kekuatan EG lebih tertumpu kepada pemain tengah mereka.

Lebih menarik, Kuroky memanfaatk­an kebolehan ahli Liquid yang mampu bermain lebih daripada tiga hero berbeza. Ditambah lagi dengan pemilihan hero dengan kemampuan ‘stun’ yang berkesan, mereka akhirnya berjaya menewaskan EG dan menempah slot ke kejohanan dunia The Internatio­nal 2017 tanpa perlu mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia