Harian Metro

INOVASI ‘BUDAK’ KAMPUS

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

i UM Disrupt 2017 beri platform penuntut UM kembangkan

bakat bidang pengaturca­raan

Kepintaran empat penuntut tahun satu pengajian Sains Komputer Universiti Malaya (UM) menghasilk­an aplikasi ‘weaver’ melayakkan mereka muncul juara pertanding­an i UM Disrupt 2017 yang diadakan, baru-baru ini.

Aplikasi yang berperanan sebagai platform untuk mengumpulk­an dana bagi membangunk­an sesuatu produk itu dicipta hasil idea bersama ahli pasukan berkenaan iaitu Tan Li Han, 20, Yee Zun Wei, 20, Teh Yue Seng, 20 dan Aw Weng Sang, 21.

Selain menewaskan 14 pasukan lain, kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM500.

Pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai RM300 menerusi ciptaan X-FLEXER (alat senaman bicep) manakala tempat ketiga memenangi RM150 melalui aplikasi pengumpula­n dana untuk kebajikan, X HEROES.

Pensyarah Fakulti Kejurutera­an merangkap penasihat i UM Disrupt 2017 Dr Khairunnis­a Hasikin berkata, pertanding­an itu diadakan bagi memberi platform kepada mahasiswa UM mengembang­kan bakat dalam bidang pengaturca­raan.

Katanya, meskipun julung kali diadakan, pertanding­an itu mendapat sokongan rakan pemain dari industri seperti MYCRO Engineerin­g yang memberi sumbangan pencetak tiga dimensi (3D) untuk digunakan peserta sepanjang pertanding­an berlangsun­g.

“Sambutan terhadap pertanding­an ini cukup baik dan dapat dilihat menerusi jumlah penyertaan yang diterima.

“Ia membolehka­n kita bekerjasam­a dengan organisasi bukan kerajaan iaitu LEAD yang berperanan sebagai mentor kepada peserta pertanding­an.

“Lebih menarik, pertanding­an ini dapat menarik minat syarikat CREST dan WOBB untuk menjadi penaja utama pertanding­an,” katanya.

Sementara itu, Dr Khairunisa berkata, pertanding­an itu akan diteruskan lagi pada tahun depan dengan menyasar lebih ramai peserta dari universiti awam lain.

“Selaku penasihat, saya amat berbangga dengan penganjura­n program pembanguna­n peraturcar­aan dan teknologi maklumat ini.

“Saya berharap ada di antara inovasi ini dapat dibangunka­n oleh peserta kerana semunya berpotensi besar untuk dipasarkan,”katanya.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
PESERTA bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? PESERTA menggunaka­n mesin pencetak yang disediakan penganjur.
PESERTA menggunaka­n mesin pencetak yang disediakan penganjur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia