Harian Metro

Giat latih generasi muda

-

Projek Iqra fokus isu pendidikan sebagai perkara besar dan amat perlukan bantuan

DARI MUKA 15

Selain itu Projek Iqra juga bekerjasam­a dengan rumah anak yatim dalam menjalanka­n program berbentuk pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi yang boleh memberikan manfaat.

Sharifah Sharina berkata, dia bersama dua rakan, Maman Solleh dan Suhaimi Abdul

Manan sebelum ini sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 hingga 2001 terpanggil untuk bekerjasam­a selepas masing-masing bergiat aktif dalam pelbagai projek amal sejak 2010.

“Kali pertama terbabit dengan kerja amal adalah selepas saya diberhenti­kan kerja. Sebelum mencari kerja baru saya terfikir untuk rehat sebentar dan mencari aktiviti lain selain bekerja makan gaji.

“Jadi, ketika itu saya terfikir untuk cuba mengajar secara percuma, saya melayari Internet dan terjumpa rumah kebajikan di Setapak. Saya hubungi pengetuany­a dan menawarkan diri untuk mengajar secara percuma, mereka benarkan dan selama setahun saya menjadi pendidik di sana,” katanya.

Anak jati Kuala

Lumpur itu menambah, pengalaman pertamanya itu membawanya ke Pusat Aktiviti Kanak-kanak di Chow Kit sebagai pengajar dan selepas itu memperluas­kan khidmat dari satu rumah kebajikan ke rumah kebajikan lain dan sekarang melalui Projek Iqra, mereka fokus pula kepada komuniti.

FOKUS ISU PENDIDIKAN

Menurut wanita berusia 37 tahun ini, pengalaman pertama menyertai program kebajikan amat bermakna kerana ketika itu barulah dia tahu bagaimana sistem pengurusan rumah anak yatim dan tahap pendidikan penghuni rumah terbabit hingga ketika penubuhan Projek Iqra pada 2013, mereka memilih untuk fokus terhadap isu pendidikan yang dilihat sebagai isu besar dan amat perlu dibantu.

“Saya terus mendapat dorongan ramai rakan dan menerusi pembacaan banyak artikel dan surat khabar saya sedikit sebanyak mendapat idea. Apabila mula mengajar di Chow Kit, saya mengenali ramai rakan yang terbabit dalam bidang sukarelawa­n dan sejak itu rangkaian kerja dalam bidang ini bertambah dan semakin besar.

“Paling tidak dapat

 ??  ?? SHARIFAH Sharina memberi penerangan ketika program Shopping Raya.
SHARIFAH Sharina memberi penerangan ketika program Shopping Raya.
 ??  ?? PENGAJAR memberi penerangan subjek kurang difahami pelajar.
PENGAJAR memberi penerangan subjek kurang difahami pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia