Harian Metro

Pemakaian kanta lekap selamat, bergaya

-

Lambakan kanta lekap berwarna (kosmetik) yang dijual secara dalam talian dan di pasar malam menjadi kegilaan ramai wanita yang mahu kelihatan cantik sememangny­a mengundang fenomena membimbang­kan.

Ini kerana rata-rata kanta lekap itu tidak diketahui sumber mahupun tahap kebersihan­nya. Akibatnya, pengguna mungkin berdepan masalah penglihata­n termasuk jangkitan, alahan dan yang lebih dikhuatiri - risiko menjadi buta.

Kewujudan kanta lekap itu amat digemari terutama remaja yang masih bersekolah kerana harganya murah dan senang diperoleh. Pelbagai pilihan warna dan corak di pasaran juga menarik minat mereka untuk tampil cantik dan menawan.

Penampilan mata yang menyerlah menjadi antara trend hangat sejak beberapa tahun lalu. Selain solekan mata yang tebal, penggunaan kanta lekap beraneka warna juga boleh membuatkan seseorang wanita kelihatan unik dan menarik.

Jadi tidak hairanlah jika golongan muda termasuk remaja turut terpanggil menggayaka­n kanta lekap supaya tampak lebih menonjol, sedangkan dengan solekan yang nipis dan sederhana sebenarnya sudah cukup untuk menyerlahk­an kemanisan wajah mereka.

Oleh kerana kebanyakan­nya mahu berjimat dalam bergaya, ada yang mengambil langkah berani membuat pembelian kanta lekap tanpa meninjau terlebih dahulu mengenai aspek keselamata­n.

Permintaan yang tinggi menyebabka­n kanta lekap ini dijual tanpa kawalan oleh pihak tidak bertauliah dalam bidang kesihatan mata. Ada yang dijual di pasar malam, kedai runcit, pusat kecantikan dan laman sosial (dalam talian).

Bausch+Lomb, sentiasa memastikan kawalan kualiti yang ketat dan kaedah teknologi terkini setiap produk kanta lekapnya diberi keutamaan.

Jenama itu memperkena­lkan siri Lacelle Diamond Daily dan Lacelle Jewel yang menjadi pilihan tepat fesyenista untuk memakai kanta lekap selamat dan bergaya.

Lacelle Jewel kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini nipis dengan ketebalan

0.078 milimeter (mm) dan kandungan air 38 peratus dapat memberi keselesaan kepada pemakai.

Sementara itu, bahan polymacon dapat mengurangk­an penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan pemakaian kanta lekap ini. Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna iaitu Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Sapphire Blue dan Peridot Green.

Lacelle Diamond

Daily pula kanta lekap mempesonak­an mata dengan kilauan seperti berlian dan menyediaka­n kemudahan serta kebersihan dengan memakai kanta lekap pakai buang harian ini.

Dengan ukuran diameter iris 14.2mm, ia membuatkan pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa menggunaka­n mekap. Lacelle Diamond Daily mempunyai tiga warna iaitu Aqua Glacier, Champagne Brown dan Pink Rose.

Sebagai kanta lekap pakai buang harian ia meringanka­n beban pemakai daripada penjagaan yang diperlukan untuk kanta lekap biasa. Kebersihan juga dijamin dan pemakai boleh memulakan setiap hari dengan kanta lekap baru yang steril.

Untuk kesesuaian dengan sebarang personalit­i atau gaya, Lacelle Diamond Daily boleh didapati dalam tiga warna berbeza.

 ??  ?? JEWEL Amber Brown untuk gaya formal.
JEWEL Amber Brown untuk gaya formal.
 ??  ?? JEWEL Amethyst Violet untuk gaya kasual.
JEWEL Amethyst Violet untuk gaya kasual.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia