MANFAAT RAMUAN BUNGA-BUNGAAN
Narcissus atau juga dikenali sebagai bunga daffodil sebenarnya kaya dengan khasiat terbaik untuk mencantikkan wajah. Selain kemeriahan yang terpancar pada warna kelopak bunganya, biji akarnya membantu menyerap lembapan dan nutrien dari tanah sangat baik sebagai elemen penyembuhan - memberi manfaat pada kulit wajah manusia.
Mamonde, jenama kosmetik dan rangkaian kecantikan dari Korea yang sering memanfaatkan ramuan bunga-bungaan sebagai bahan asas untuk produk inovasinya tampil memperbaharui rangkaian melembap yang digelar Mamonde Floral Hydro.
Terdapat 60 jenis bunga Narcissus yang lazimnya tumbuh di sekitar Eropah, utara Afrika, barat Asia dan di Mediteranian. Apa yang menarik adalah meskipun ia sering mekar pada musim bunga namun ia masih boleh hidup dalam musim sejuk yang cuacanya agak ekstrem.
Terbaru, dibangunkan dengan teknologi WaterCycle, Mamonde tidak ketinggalan menambah satu lagi rejim yang digelar Floral Hydro Ampoule Toner dalam rangkaian Floral Hydro.
Penyegar ini diperkaya dengan formulasi terbaik yang digabung bersama khasiat biji akar bunga Narcissus. Ia boleh mengekalkan lembapan dalam kulit, menjadikan kulit anjal tanpa kekeringan biarpun dalam keadaan cuaca panas. Selepas mencuci biasanya wajah akan terasa kering dan tegang, oleh itu sapukan penyegar ini pada keseluruhan wajah untuk kecantikan berganda tanpa rasa kering!
Lebih menarik, penyegar ini cepat meresap bak air sehingga lapisan paling dalam kulit. Ia akan membentuk satu lapisan lembapan nipis pada wajah untuk mengunci lembapan secara berpanjangan.