Harian Metro

TUNGGANG AGAMA

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Si durjana guna ayat al-Qurantipu urus niaga atas talian

> Berlagak suci dengan menyelitka­n ayat al-Quran dan hadis nabi ketika berurus niaga, namun sebenarnya ia sekadar umpan untuk memancing pembeli. Itulah taktik digunakan penjual durjana bagi membelit pengguna yang gemar membeli barangan di portal dagangan atas talian. Kaedah menjaja ayat suci itu ternyata berkesan bagi melembutka­n hati pembeli yang akhirnya kerugian RM14.23 juta, lapor Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

Meletakkan pelbagai ayat suci al-Quran dan hadis Nabi kini dikesan menjadi umpan untuk meyakinkan pengguna yang gemar membeli barangan sama ada terpakai atau baru dalam beberapa portal dagangan dalam talian terkemuka.

Kegiatan ‘menjaja’ agama itu terbukti hasil siasatan dan laporan diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membabitka­n ratusan penipuan urus niaga dalam talian bagi tempoh Januari hingga Jun lalu menyebabka­n kerugian RM14.23 juta.

Timbalan Pengarah JSJK (Jenayah Siber dan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pelbagai taktik digunakan penipu (suspek) untuk memerangka­p mangsa ketika membuat urus niaga dalam talian.

Menurutnya, suspek dikesan semakin gemar menggunaka­n ayat-ayat agama, petikan hadis dan al-Quran bagi membuktika­n mereka seorang yang jujur.

“Ini menyebabka­n mangsa percaya dan bersetuju untuk meneruskan jual beli selepas menyangka suspek adalah orang ‘baik-baik’ berdasarka­n mesej yang dihantar ke laman sosial milik mangsa.

“Golongan penipu juga menggunaka­n gambar profil yang cantik di aplikasi mesej untuk menarik perhatian pembeli berlainan jantina kerana kebanyakan mereka mempunyai sasaran tertentu.

“Sebagai contoh, pembeli lelaki akan tertarik dengan peniaga wanita, biarpun hanya melihat gambar profil lawa tanpa mengetahui individu sebenar di sebalik gambar itu. Penipu bijak bermain emosi sehingga mangsa akan terpedaya dan terperangk­ap dengan taktik digunakan.

“Ketika ini, bukan saja pembeli yang sering tertipu dengan urus niaga dalam talian tetapi penjual juga kini menjadi mangsa,” katanya.

Katanya, suspek kerap menawarkan bayaran berlebihan kepada penjual dan menghantar e-mel palsu kononnya dari bank luar negara memaklumka­n bayaran ke akaun mangsa tertangguh.

“Dalam emel itu, mangsa dimaklumka­n bayaran tertangguh disebabkan beberapa masalah antaranya jumlah transaksi yang terlalu kecil bagi pemindahan wang akaun ke luar negara.

“Mangsa akan diarahkan membuat bayaran terlebih dulu ke akaun bank ditetapkan. Namun, selepas bayaran dibuat ke akaun bank diarahkan, mangsa tetap tidak menerima pemindahan wang yang dibuat suspek sebelum menyedari ditipu,” katanya.

Beliau berkata, Selangor mencatatka­n jumlah tertinggi dengan 778 kes membabitka­n kerugian RM2.69 juta, diikuti Johor 412 kes dengan kerugian RM1.35 juta dan Kuala Lumpur mencatatka­n kerugian kedua tertinggi iaitu RM2.6 juta bagi 259 kes.

Mengikut statistik yang dikeluarka­n JSJK, portal beli belah mudah.my menerima aduan tertinggi berkaitan penipuan urus niaga dalam talian iaitu sebanyak 1,857 kes membabitka­n kerugian RM5.1 juta, diikuti laman sosial Facebook (FB) dengan 730 kes (RM3.4 juta), diikuti WeChat, 244 kes (RM548,412).

Penipuan menggunaka­n Instagram mencatatka­n jumlah kerugian ketiga tertinggi iaitu sebanyak RM2.09 juta membabitka­n 154 kes.

Kamaruddin berkata, jumlah kerugian yang dialami lebih RM14 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini agak membimbang­kan dan beliau bimbang kes itu terus meningkat sekiranya tiada kesedaran daripada orang ramai berhubung penipuan dalam talian.

Katanya, seramai 2,367 mangsa daripada 3,576 individu yang terbabit dalam penipuan urus niaga dalam talian ialah lelaki dan beliau yakin ramai mangsa tidak membuat laporan polis.

“Anggaran umur mangsa adalah antara 21 hingga 30 tahun iaitu 894 mangsa lelaki dan 518 perempuan. Namun, mangsa yang terbabit dalam penipuan dalam talian ini bermula seawal 15 tahun,” katanya.

Menurutnya, orang ramai diingatkan lebih berhati-hati ketika membuat urus niaga dalam talian supaya tidak mudah tertipu dengan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memeriksa terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diberikan penjual atau pembeli.

“Sebelum melakukan urus niaga dalam talian, orang ramai boleh menyemak akaun laman sosial, iklan, nombor telefon, nombor akaun bank individu atau syarikat itu di Internet kerana sudah pasti sekiranya ia satu penipuan, ada mangsa yang menghebahk­annya sebagai peringatan.

“Selain itu, diingatkan supaya tidak mudah terpengaru­h dengan tawaran jualan murah, bayaran tinggi yang diberi, sebaliknya guna logik akal sebelum membuat keputusan,” katanya.

Suspek dikesan semakin gemar menggunaka­n ayat-ayat agama, petikan hadis dan al-Quran bagi membuktika­n mereka seorang yang jujur ketika menjalanka­n urus niaga” Mohd Kamarudin

 ?? 8&9 ??
8&9
 ??  ?? ANTARA barangan popular yang dijual secara dalam talian.
ANTARA barangan popular yang dijual secara dalam talian.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia