Harian Metro

3 KAKU TERSEPIT

Tiga pelajar maut tersepit kereta hilang kawalan bertembung kenderaan awal pagi

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Hatinya meruntun pilu apabila melihat anak sulung yang menjadi harapan keluarga tersepit di dalam kereta yang remuk, berkeadaan kaku dan berlumuran darah.

Ketika itu, beberapa kali Razali Ahmad, 45, memanggil nama anaknya, Ahmad Amirul, 19, tetapi pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, Selising itu, diam tanpa sahutan.

Norzali tidak mengalah, sebaliknya berusaha mengeluark­an anaknya itu dari Proton Iswara berkenaan dengan harapan Ahmad Amirul akan sedar.

Malangnya, kudratnya tidak setanding besi kereta itu yang remuk walaupun dia dibantu penduduk kampung yang berada di lokasi anaknya kemalangan bersama tiga rakan baiknya, semalam.

Kemalangan itu berlaku pada jam 1.25 pagi di Kilometer 26, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Bukit Tanah, di sini yang menyebabka­n Ahmad Amirul maut bersama dua rakannya iaitu Amir Amjad Zuhar, 19, dan Che Muhammad Syafiq Che Suriadi, 19.

Seorang lagi rakan mereka, Muhammad Idzzat Haiqal Mohd Ridzuan, 19, pula cedera parah, manakala dua lagi penumpang sebuah kereta turut parah dan semua dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan kereta dinaiki empat individu.

Berkongsi kesedihann­ya, Razali berkata, beberapa kali dia memanggil nama anak sulung daripada tiga beradik itu sebaik tiba di lokasi, malah berusaha mengeluark­an jasadnya dari kereta berkenaan agar dapat diberi rawatan awal.

“Malangnya, semua usaha saya tidak berjaya. Hati saya pilu melihat arwah dalam keadaan begitu. Akhirnya saya hanya mampu menunggu bomba mengeluark­an dia bersama rakannya.

“Saya minta mereka (bomba) keluarkan dengan cepat dan pada masa sama tetap memanggil nama Amirul supaya dia sedar kerana saya masih berharap dia bernafas lagi ketika itu.

“Sebaik dia dikeluarka­n, pasukan perubatan membuat pemeriksaa­n segera dan sahkan dia sudah tiada. Hanya Tuhan mengetahui perasaan saya ketika itu.

“Saya sangat sedih kerana dia anak sulung dan menjadi kebanggaan keluarga.

Namun, saya reda ketentuan Ilahi ini. Allah lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Bidang, di sini semalam.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas dimaklumka­n seorang rakan Ahmad Amirul pada jam 1.40 pagi dan segera ke lokasi yang terletak lima kilometer dari rumahnya.

“Ketika itu rakan arwah beritahu mereka kemalangan kecil, tetapi apabila saya tiba, saya tengok dia dan dua rakannya (yang maut) tersepit serta dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Amirul sebelum itu keluar rumah pada jam 9.30 malam untuk ke sekolahnya. Dia meminta izin saya dan beritahu akan pulang selepas selesai tugas menghias sekolah untuk sambutan hari raya, hari ini (semalam).

“Seperti biasa dia akan peluk dan cium tangan saya serta ibunya setiap kali keluar rumah. Dia memang seorang anak yang baik, namun sudah takdirnya begini,” katanya yang memberitah­u Ahmad Amirul juga jemaah tetap di masjid berdekatan rumahnya dan sering mengalunka­n azan apabila berpeluang.

Razali berkata, hubungan anaknya dengan tiga rakan yang terbabit kejadian itu juga sangat baik dan mereka berkawan rapat sejak tingkatan satu.

Selain menjadi rakan belajar berpasukan, mereka juga melanjutka­n pengajian ke tingkatan enam bersama-sama dan akan menduduki peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), hujung tahun ini.

Jenazah Ahmad Amirul dikebumika­n dalam satu liang bersama Amir Amjad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Merbau, selepas solat Zuhur semalam.

 ??  ??
 ??  ?? RAZALI menunjukka­n gambar arwah anaknya yang terbabit dalam kemalangan.
RAZALI menunjukka­n gambar arwah anaknya yang terbabit dalam kemalangan.
 ??  ?? AHMAD Amirul
AMIR Amjad
CHE Muhammad
AHMAD Amirul AMIR Amjad CHE Muhammad
 ??  ?? KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan.
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia