Harian Metro

‘ADIK TOK LEH MAKE’

Budak hidap masalah pernafasan terpaksa pakai topeng 24 jam

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Dua minggu terawal ketika menggunaka­n topeng bantuan pernafasan, Muhammad Syafik Saiful Nizam, 4, tidak boleh menelan makanan.

“Adik tok leh (tidak boleh) make (makan) doh umi. Tok leh doh,” katanya yang menyebabka­n hati ibunya, Rosilawati Awang Jarah, 34, terusik.

Rosilawati berkata, dia sedih apabila anak bongsu daripada empat beradik itu tidak mampu menikmati makanan dan hanya minum susu.

Katanya, kanak-kanak itu menderita sakit paru-paru kronik sejak berusia sembilan bulan dan penderitaa­nnya semakin serius apabila perlu memakai topeng bantuan pernafasan 24 jam bermula Disember, tahun lalu.

“Ketika itulah dia memberitah­u tidak boleh menelan makanan kerana kurang selesa mengenakan alat berkenaan.

“Dua minggu dia tidak makan dan hanya bergantung susu khas. Saya risaukan keadaan dia kerana penyakitny­a yang boleh membawa maut.

“Namun, kami juga tiada pilihan lain kerana alat berkenaan membantu dia bernafas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tasek Pasir Puteh, di sini, semalam.

Menurutnya, pergerakan Muhammad Syafik juga terbatas, malah kanak-kanak itu tidak aktif seperti abang dan kakaknya.

Katanya, mereka perlu berbelanja lebih RM1,000 sebulan hanya untuk membeli susu khas, mesin oksigen dan lampin pakai buang anaknya itu.

“Ikutkan kami tidak mampu untuk menyediaka­n semua ini kerana suami (Saiful Nizam Zakaria, 38,) hanya bekerja pemandu lori di Lembah Klang.

“Kadang kala makan minum kami sekeluarga bercatu dan saya pernah beri Muhammad Syafik minum susu biasa disebabkan tiada wang,” katanya yang mengalu-alukan sumbangan orang ramai melalui akaun Bank Islam 0308102038­5723 atas namanya.

 ??  ??
 ?? FOTO:
MOHAMAD ZULHAIRIE MANZAIDI ?? ROSILAWATI tidak boleh bekerja kerana terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada Muhammad Syafik yang menderita sakit paru-paru kronik.
FOTO: MOHAMAD ZULHAIRIE MANZAIDI ROSILAWATI tidak boleh bekerja kerana terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada Muhammad Syafik yang menderita sakit paru-paru kronik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia