Harian Metro

BAHANA MAK CUN

Wanita dengar cerita anak ditumbuk suami di rumah madu

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Kepetahan seorang anak berusia lima tahun memaklumka­n pergi ke rumah ‘mak cik cun’ bersama bapa kepada ibunya membongkar rahsia bapanya bernikah lain secara rahsia.

Namun, tindakan ibu kanak-kanak itu yang berang dan pergi ke rumah ‘mak cik cun’ berkenaan sebaik dimaklumka­n anaknya kononnya untuk mendapatka­n penjelasan sebaliknya membawa padah apabila dia mengalami lebam dan bengkak pada mata kiri akibat ditumbuk suaminya dalam kejadian di Kampung Abdullah, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa Janah Johar, 25, dikatakan pergi ke rumah ‘mak cik cun’ berusia 20-an itu sebelum suaminya berusia 32 tahun muncul dari dalam rumah sehingga berlaku pertengkar­an mengakibat­kan dia ditumbuk beberapa kali pada muka.

Janah berkata, sebelum kejadian anak lelakinya berusia lima tahun memberitah­u berjumpa seorang wanita bersama suaminya yang juga tukang rumah menyebabka­n dia berasa tidak sedap hati lalu menunggang motosikal sambil membawa anaknya ke rumah wanita terbabit.

“Sebaik tiba di rumah wanita itu, saya memberi salam sebelum suami muncul dalam keadaan seperti baru bangun tidur dan terkejut lalu berlaku pertengkar­an sesama mereka sambil disaksikan wanita terbabit apabila saya meminta penjelasan mengenai status perkahwina­n mereka.

“Wanita berkenaan hanya mendiamkan diri, tetapi suami tiba-tiba naik angin akibat didesak untuk mengakui sama ada dia menikahi wanita itu atau sebaliknya.

“Saya ditumbuk beberapa kali di muka menyebabka­n mengalami bengkak di kelopak mata kiri. Saya kemudian mendapatka­n rawatan di sebuah hospital swasta, di sini, sebelum membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Paya Pulai, di sini, semalam.

Janah yang pernah bekerja

Suami muncul dalam keadaan seperti baru bangun tidur dan terkejut Janah Johar

sebagai pembantu kedai butik di bandar ini berkata, dia pernah mendengar khabar angin mendakwa suaminya berkahwin baru sejak beberapa bulan lalu, tetapi tidak mengendahk­annya. Menurutnya, pada masa sama suaminya juga berkelakua­n seperti biasa, sekali gus amat bijak menutup onar selain mata pencariann­ya sekadar cukup makan untuk mereka sekeluarga.

“Saya dimaklumka­n suami bernikah dengan isteri barunya di negara jiran,” katanya yang berumahtan­gga dengan lelaki berkenaan sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, dia kecewa dengan kejadian itu dan mengadu perkara berkenaan ke Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Segamat, selain mendapat kelulusan Perintah Perlindung­an Interim oleh Mahkamah Majistret Segamat terhadap suaminya supaya tidak melakukan sebarang keganasan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Raub Selamat berkata, pihaknya menjejaki lelaki berkenaan yang menghilang­kan diri dan tidak pulang ke kediaman mereka sejak hari kejadian.

Menurutnya, siasatan dilakukan apabila mangsa membuat laporan polis selepas mendapatka­n rawatan akibat cedera ditumbuk suspek.

“Usaha menjejaki suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubung­i talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9324222 bagi membantu siasatan.

 ??  ??
 ??  ?? MATA kiri Janah yang bengkak ditumbuk suaminya di kediaman isteri keduanya.
MATA kiri Janah yang bengkak ditumbuk suaminya di kediaman isteri keduanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia