JAGUH TARIAN DI JERMAN
Pelajar SMK Taun Gusi raih pingat emas acara tarian di Jerman
“Kejayaan ini untuk semua, bukan untuk saya seorang saja,” kata Matinin Sungkin, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud yang mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas pada pertandingan Piala Dunia Tarian (DWC) 2017 di Offenburg, Jerman, baru-baru ini.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka dapat meraih pingat emas dalam kategori solo junior pada pertandingan peringkat antarabangsa itu.
Mengakui gemuruh ketika mengikuti pertandingan berkenaan, anak ke-10 daripada 12 beradik itu bagaimanapun berkata, dia amat yakin setiap kali membuat persembahan kerana matlamatnya hanya mahu mengharumkan nama negara di mata dunia.
“Sejak mula dimaklumkan kami akan menyertai pertandingan DWC di Jerman, saya memang sudah meletakkan niat untuk mengharumkan nama keluarga serta negara,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.
Matinin antara peserta mewakili kumpulan penari Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (TOBISA) pada DWC 2017 yang diadakan di Offenburg, Jerman dari 24 Jun hingga 1 Julai lalu.
Selain Matinin, kumpulan penari TOBISA turut merangkul pingat emas bagi kategori Dance Impact dan dipilih penerima Anugerah Pilihan Pengerusi, selain pingat gangsa kategori solo kanak-kanak yang diraih menerusi Farihin Abdullah, 11.
Sementara itu, jurulatih TOBISA-Windbreeze Dance
Company Mohd Hairul Nazmie Talib berkata, secara keseluruhannya, pihaknya bersyukur kerana mendapat tempat ke-10 kumpulan terbaik daripada 40 negara yang bertanding pada acara berprestij itu.
“Setakat ini, kami masih belum mengetahui kedudukan sebenar, namun hanya dimaklumkan kami berada antara 10 kumpulan terbaik. Tahun lalu, kami berjaya mendapat tempat kelima dalam keseluruhan acara,” katanya.
Ini adalah penyertaan kali keempat kumpulan penari TOBISA dalam pertandingan itu sejak 2014.
Kejayaan Matinin dan penari TOBISA lain turut mendapat pujian Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkannya sebagai satu kebanggaan untuk Kota