Harian Metro

LENSA DOSA

Sindiket pelacuran upah jurugambar profesiona­l hasil gambar bertaraf cover girl untuk tarik pelanggan

- Kuala Lumpur Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Serbuan Jabatan Imigresen ke atas sebuah spa dalam operasi E-Kad mendedahka­n kegiatan jurugambar profesiona­l merakam gambar separuh bogel pelacur warga asing untuk tujuan promosi di dalam dan luar negara. Dalam serbuan itu, penguat kuasa menemui katil dalam studio khas yang serba lengkap dengan peralatan penggambar­an, lapor Kalidevi Mogan Kumarappa

Sindiket pelacuran tempatan kini dikesan mengupah khidmat jurugambar profesiona­l bagi menghasilk­an gambar pelacur berkualiti cover girl sebagai strategi pemasaran baru untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Mereka didapati membina studio khas lengkap dengan peralatan fotografi berkualiti tinggi termasuk lampu studio serta katil di dalam premis yang menjalanka­n perniagaan spa.

Kewujudan studio di dalam spa itu terbongkar hasil serbuan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur diketuai Ketua Unit Risikan dan Operasinya Mohd Shahrulniz­am Ismail di sebuah spa di Cheras, di sini, Khamis lalu.

Sindiket yang menawarkan pelacur warga Vietnam dan Indonesia itu turut mengupah jurugambar profesiona­l bebas sebelum gambar dihasilkan dihimpunka­n di dalam album khas di laman sosial WeChat.

Difahamkan koleksi gambar menarik dihasilkan itu bukan hanya untuk tujuan pemasaran bagi pelanggan tempatan, malah turut digunakan untuk menarik perhatian pelancong asing.

Mohd Shahrulniz­am berkata, siasatan pihaknya sebelum itu mendapati premis berkenaan menawarkan urutan bogel selain perkhidmat­an seks kepada pelanggann­ya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan jam 9 malam beberapa wanita disyaki pelacur leka melayan pelanggan masing-masing di bilik urutan manakala beberapa lagi menunggu giliran di luar sebuah bilik lain.

“Soal siasat mendapati mereka sebenarnya sedang menunggu giliran untuk diambil gambar masing-masing dalam aksi mengghaira­hkan oleh jurugambar profesiona­l yang diupah sindiket.

“Terdapat katil khas bagi membolehka­n wanita terbabit beraksi ghairah sebelum gambar mereka dirakam lensa kamera. Gambar itu kemudian dimuat naik ke dalam album khas sindiket pelacuran selain dimasukkan di media sosial,” katanya.

Mohd Shahrulniz­am berkata, dalam operasi itu, seramai 15 wanita warga Vietnam dan Indonesia ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen selepas pemeriksaa­n dilakukan terhadap 21 individu di dalam premis itu.

“Kami percaya premis spa itu menyediaka­n pelbagai khidmat seks selain menyewakan wanita untuk tujuan pelacuran kepada pelanggan yang sanggup membayar tinggi.

“Malah, siasatan mendapati pemilik premis turut memberikan baucar khas diskaun RM20 kepada pelanggan yang datang mendapatka­n khidmat pelacuran,” katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh menggunaka­n baucar itu ketika berkunjung ke premis berkenaan buat kali kedua.

“Penahanan itu adalah susulan tamatnya program E-Kad baru-baru ini bagi mengesan pendatang asing yang belum berdaftar serta enggan mengikut arahan yang dikeluarka­n oleh pihak Imigresen,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BAUCAR diskaun khas RM20 yang diberikan
kepada pelanggan.
PELACUR warga asing yang ditahan
ketika menunggu giliran untuk diambil
gambar.
BAUCAR diskaun khas RM20 yang diberikan kepada pelanggan. PELACUR warga asing yang ditahan ketika menunggu giliran untuk diambil gambar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia