Harian Metro

SAMBARAN API SAMPAH

Kebakaran empat kilang sukar dikawal berikutan angin kuat

- Azma Razana Johari am@hmetro.com.my

Angkara api sampah di luar premis, empat kilang di Jalan Perusahaan Maju 8, Taman Pelangi, di sini, musnah dalam kebakaran jam 10.30 pagi semalam.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kebakaran berpunca daripada api sampah berhampira­n kilang sebelum ditiup angin kuat sehingga membakar sebahagian kilang.

Menurutnya, angin kuat menyebabka­n api marak cepat dan keadaan menjadi panik sebelum beberapa orang awam menghubung­i bomba.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Pulau Pinang, Penolong Pesuruhjay­a Bomba Muhamad Shoki Hamzah berkata, ketika kejadian semua kilang tidak beroperasi kerana cuti umum.

Menurutnya, berdasarka­n saksi yang juga pengawal keselamata­n, api bermula dari luar sebelum merebak ke dalam kilang.

“Angin kuat menyebabka­n api marak cepat dan memusnahka­n enam bangunan, ditambah pula kilang itu membuat pinggan mangkuk daripada plastik dan kaca,” katanya.

Katanya, 56 pegawai dan anggota bomba bersama 19 jentera bertungkus-lumus memadam kebakaran dengan dibantu 181 anggota sukarela Persatuan Bomba Sukarela (PBS).

Mohamad Shoki berkata, bomba juga berdepan kesukaran memadam kebakaran kerana laluan ke kilang itu sempit serta menyukarka­n jentera bomba masuk.

“Bagaimanap­un, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadam api dalam kebakaran membabitka­n empat kilang di Taman Pelangi.
ANGGOTA bomba berusaha memadam api dalam kebakaran membabitka­n empat kilang di Taman Pelangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia