Harian Metro

DUA KALI PUTUS TUNANG

- Kuala Lumpur Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Jika melihat pada susuk tubuh dan penampilan, insan ini sering dipandang rendah, malah dia mengaku pernah dihina kerana perwatakan diri yang lembut.

Lenggok suaranya yang lembut menambahka­n lagi rasa ‘pelik’ segelintir penduduk sekitar, namun dia sebenarnya punya pengorbana­n tinggi terhadap keluarga.

“Sama ada lelaki itu tegap atau lembut, itu bukan penentu kebahagiaa­n dan kejayaan rumah tangga seseorang,” ujar Hasmizal Abu Hashim, 47.

Memang tidak dinafikan, katanya, kehidupan lelaki lembut sering dikaitkan dengan stigma kecelaruan jantina, walaupun realitinya mempunyai tubuh yakin bahawa dia ialah lelaki sejati.

Biarpun memiliki karakter yang boleh disifatkan lembut, ia tidak menghalang lelaki berasal dari Cheras Selangor ini daripada berkahwin dan mempunyai anak.

“Sebelas tahun usia perkahwina­n kami membuatkan saya belajar banyak benda dan tanggungja­wab sebagai seorang ayah kepada tiga orang anak berusia enam hingga 10 tahun tidak pernah diabaikan.

“Dalam perhubunga­n, saya sering menjaga perasaan dan tutur kata bersama pasangan, malah bersikap jujur serta bertoleran­si.

“Saya tidak pernah meninggi suara terhadap isteri atau anak tetapi saya menyediaka­n apa jua keperluan yang mereka inginkan,” katanya.

Putus tunang sebanyak dua kali juga membuatkan Hasmizal atau senang dipanggil Zai pernah melupakan hasrat untuk berkahwin.

“Ya, rasa kecewa itu memang ada selepas dua kali putus tunang dan merasakan saya tidak mampu untuk menjadi seorang suami.

“Tetapi apabila diperkenal­kan dengan isteri, saya cuba berterus-terang berkenaan siapa diri sebenarnya.

“Ternyata, saya sungguh bertuah kerana isteri memahami dan sanggup menjadi suri hati saya. Selepas berkahwin, saya cuba menjadi suami dan ayah yang baik,” katanya.

Berkenaan tiga orang anaknya, kata Zai, dia akan memberi didikan yang seimbang agar mereka menjadi orang yang berjaya di masa depan.

“Soal pelajaran, saya memang tidak mahu anak-anak ketinggala­n dan saya juga seimbangka­n ia dengan aktiviti sukan.

“Biarpun saya kurang mahir dalam sukan, namun saya mahu anak-anak menjalanin­ya untuk menambah kemahiran diri.

“Pelajaran agama juga saya terapkan kepada anak-anak dan menyuruh mereka ikuti kelas agama setiap hari,” katanya.

Katanya, dia tidak mahu lagi menjadikan hinaan atau cacian orang lain terhadap penampilan atau perwatakan diri membina keluarga bahagia.

“Sebenarnya, saya sudah penat dengan pandangan orang. Apa yang penting sekarang adalah keluarga mentua menerima saya seadanya.

“Saya mahu isteri dan anak-anak turut memberi kepercayaa­n kepada saya untuk menjadi suami serta ayah terbaik buat mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia