Harian Metro

KAU LAYAK KE JADI SUAMI?

-

menjadikan orang tua seperti saya sebagai suami.

“Apabila dia menjawab ya, saya terus melamarnya dan sampai sekarang hubungan bersama bekas mentua juga baik.

“Mungkin dengan sikap peramah, saya diterima baik oleh keluarga mentua dan mereka menyayangi saya.

“Sudah bercerai pun hubungan masih elok dan saya akan singgah rumah mentua sekiranya balik ke kampung halaman di Tanah Merah, Kelantan.

“Begitu juga dengan mereka apabila datang ke Kuala Lumpur, saya akan izinkan mereka tumpang di rumah,” katanya.

Bercerita semula kisah perkahwina­n, kata Bard, ada seorang kakak iparnya pernah mempertika­ikan kemampuann­ya untuk menjadi suami atau memberi anak kerana lembut.

“Saya sabar saja dengan semua itu. Mungkin itu dugaan kerana saya mahu jadi diri sendiri. Memang saya berkawan dengan ramai lelaki lembut, tetapi tidak semestinya saya tidak boleh menjadi seorang suami atau ayah.

“Urusan perkahwina­n saya dipermudah­kan oleh Allah. Sebelum perkahwina­n ini, saya ada beberapa kali meminang gadis lain, tetapi dek kerana lembut dan kerjaya saya, pinangan saya ditolak,” katanya.

Pengorbana­n lelaki ini tidak terhenti di situ, dia kemudian diuji apabila terpaksa melupakan hasrat menjadi suami sepanjang hayat.

“Saya bercerai dan mengambil alih tugas menjaga anak. Syukur sampai sekarang, anak sudah mula memahami keadaan diri dan tidak lagi bertanya macam-macam seperti dulu.

“Jujur, saya kadang-kadang akan berlakon sakit perut dan berada di tandas sambil merokok mencari ketenangan apabila anak bertanya sebab perpisahan dengan isteri.

“Memang sungguh berat untuk saya tanggung, tetapi apakan daya, saya mencuba sendiri dan terpaksa berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada anak,” katanya.

Kini, Bard sudah memulakan perniagaan air mata kucing di Taman Permata, di sini, bagi menyara kehidupan keluarga iaitu dua anaknya bernama Nur’ Ain Batrisya, 13, dan Muhammad Rizki Cahaya Ramadhan, 10.

“Rezeki ini sudah cukup buat saya selagi termampu. Saya akan pastikan anak berjaya suatu hari nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia