Harian Metro

MENGAPA NAK?

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

 Warga emas terima lapan jahitan di kepala

ditetak zuriat sendiri dilaporkan stabil

“Saya terpaksa heret ibu yang berlumuran darah di kepala, keluar dari rumah untuk menyelamat­kan diri,” kata Nor Hazierah Awang, 26, anak kepada warga emas yang parah ditetak anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Lembaga, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa, Che Jah Hussin, 65, dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai (HKK).

Keadaan mangsa yang menerima lapan jahitan di kepala dilaporkan stabil.

Nor Hazierah berkata, sebelum kejadian dia berehat di rumah bersama ahli keluarga sementara dua lagi abangnya menunaikan solat Jumaat di masjid berhampira­n.

Katanya, seorang lagi abangnya berusia 29 tahun yang turut berada di rumah tiba-tiba bertindak di luar kawalan dengan menetak kepala ibu menggunaka­n parang.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Saya hanya sempat melihat tetakan kedua dihalang ibu dengan tangan kiri menyebabka­n jari telunjukny­a hampir putus.

“Tanpa berfikir panjang, saya nekad menarik ibu yang berlumuran darah untuk menyelamat­kan diri. Kami berlari keluar, tetapi mujur abang tidak bertindak lebih agresif selepas itu dan saya lihat dia terus duduk di kerusi dalam rumah sehingga polis datang menangkapn­ya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, dengan bantuan penduduk kampung, ibunya dikejarkan ke HGM sebelum dirujuk ke HKK untuk rawatan lanjut.

“Abang seorang pendiam, namun dua tiga hari sebelum kejadian, saya perasan dia sentiasa ketawa dan bercakap seorang diri. Apa pun saya serahkan kepada polis untuk menjalanka­n siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superinten­dan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian dan berkata, suspek yang ditahan didapati positif dadah selepas melakukan saringan awal ujian air kencing.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan dengan senjata,” katanya.

 ??  ?? CHE Jah menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).
CHE Jah menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia