Harian Metro

WeChat medium pancing pelanggan

-

Kuala Lumpur: Pengiklana­n di media sosial dengan menggunaka­n aplikasi WeChat kini menjadi medium pemasaran paling popular dalang sindiket pelacuran pada masa kini untuk memancing pelanggan.

Aplikasi itu digunakan untuk menyebarka­n katalog maya untuk membolehkn lelaki hidung belang memilih pelacur idaman sebelum diminta datang ke hotel bajet yang terdekat.

Penyamaran Harian Metro melalui aplikasi berkenaan mendapati, wujud ratusan rumah urut dan sindiket pelacuran yang menggunaka­n WeChat untuk mencari pelanggan.

Kebanyakan akaun WeChat itu menggunaka­n nama rumah urut atau ibu ayam yang akan memuat naik gambar wanita pelacur asing dengan bayaran antara RM180 hingga RM500 seorang.

Meskipun berurusan melalui media sosial, golongan pelacur ini dikawal rapi oleh sindiket. Hanya pelanggan yang sudah melalui proses ‘tapi

san’ dibenarkan masuk ke hotel ditetapkan untuk mendapatka­n khidmat seks.

Setiap pelacur yang dipaparkan dalam katalog maya itu mempunyai nombor kod masing-masing bagi proses pemilihan malah sindiket membekalka­n telefon bimbit ibu ayam atau pengusaha premis untuk perbincang­an lanjut.

Jurucakap polis berkata, penggunaan aplikasi WeChat dalam kalangan sindiket pelacuran adalah modus operandi yang terkini bagi mengelak pihak berkuasa menghidu aktiviti mereka.

Sementara itu, pada 9 Jun lalu, Jabatan Imigresen Malaysia menahan 28 warga asing terdiri daripada tiga lelaki Singapura, 21 perempuan Vietnam, tiga perempuan Thailand dan seorang lelaki India di sebuah hotel di Skudai, Johor.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali berkata, hasil maklumat orang ramai pihaknya menjalanka­n risikan sebulan untuk mengesan modus operandi sindiket sebelum melakukan serbuan menerusi Op Gegar.

Katanya, pelacur warga asing menawarkan perkhidmat­an seks menggunaka­n aplikasi WeChat yang mana pelanggan yang ingin membuat tempahan boleh memilih wanita dengan bayaran sekitar RM200 hingga RM500 untuk setiap perkhidma

tan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia