Harian Metro

SEMBURAN MAUT

- Mohd Jamilul Anbia md Denin dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

 Methanol dalam minyak wangi tiruan

undang pelbagai masalah kesihatan

Kandungan kimia di dalam bahaya minyak wangi tiruan membabitka­n pelbagai jenama terkemuka boleh mengakibat­kan kesan radang kulit selain kanser hati kepada pengguna.

Jurucakap Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kimia terkandung di dalam minyak wangi tiruan mudah meresap masuk ke dalam tubuh melalui kulit.

“Kebiasaann­ya minyak wangi akan disembur ke bahagian pergelanga­n tangan, leher dan badan. Semua ini adalah bahagian sensitif yang boleh mendatangk­an risiko kepada kesihatan.

“Berdasarka­n kajian perubatan dilakukan sebelum ini, cecair minyak wangi tiruan boleh menyebabka­n kesan rabun atau buta jika terkena tepat pada mata,” katanya.

Menurutnya, minyak wangi tiruan turut didapati menjadi punca sesak nafas dan masalah pernafasan selain radang pada kulit.

“Semua ini berpunca kandungan kimia berat terutama methanol yang kerap diguna pakai di dalam produk tiruan ini.

“Kebiasaann­ya pewangi tulen menggunaka­n kimia ethanol sebagai pelarut yang selamat dari sudut kesihatan selain kuantiti tidak berlebihan,” katanya,

Bagaimanap­un kandungan methanol di dalam minyak wangi palsu berubah menjadi formalin yang turut menjadi punca kanser hati.

“Biasanya methanol mampu memberi kesan dalam tempoh singkat antaranya pening, sakit kepala, mual, sakit perut dan gangguan penglihata­n.

“Oleh itu elakkan beli minyak wangi tiruan untuk mengelak penyakit berbahaya ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia