Harian Metro

Serbu 2 premis minyak wangi tiruan

-

Kuala Lumpur: Dua premis di Puncak Alam dan Kajang, Selangor, diserbu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) selepas dikesan mengilangk­an minyak wangi palsu jenama tiruan dalam skala besar.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Negeri Selangor Azman Adam berkata, operasi itu dilakukan hasil daripada aduan orang awam terhadap perniagaan yang dijalankan dua premis berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK Selangor menjalanka­n serbuan ke atas dua premis berasingan sekitar Puncak Alam dan Kajang.

“Operasi diketuai Pegawai Penguatkua­sa Nor Azman Nordin yang bermula jam 12.30 tengah hari itu merampas 367 botol minyak wangi pelbagai jenama terkenal yang disyaki tiruan membabitka­n anggaran nilai rampasan keseluruha­n sebanyak RM33,720,” katanya.

Beliau berkata, dua wanita berusia 30-an mengaku sebagai pekerja di premis terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan akan didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang

diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perdaganga­n produk yang menggunaka­n jenama tiruan diminta menyalurka­nnya kepada KPDNKK

melalui saluran yang disediakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia