Harian Metro

Noda terbongkar selepas anak lahir CEMERLANG

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

OPadang Besar: Tindakan seorang lelaki merogol remaja perempuan sehingga hamil mengundang padah apabila ditahan polis. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superinten­dan Ghazani Abdul Ghani berkata, perkara itu terbongkar selepas menerima laporan daripada pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas remaja perempuan berusia 14 tahun melahirkan bayi lelaki di rumahnya di Beseri, di sini, apabila mengadu sakit perut, dua minggu lalu.

 Op Selamat 11/2017 berjaya kurangkan kadar nahas

perasi Op Selamat 11/2017 sempena Aidilfitri lalu disifatkan paling cemerlang dalam tempoh 20 tahun apabila berjaya menurunkan kadar kematian dan kemalangan maut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beliau berpuas hati dengan prestasi operasi kali ini yang menggunaka­n kaedah penguatkua­saan penuh dalam tempoh 15 hari pelaksanaa­nnya yang berakhir pada 2 Julai lalu.

Beliau berkata, langkah penguatkua­sa tegas dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat sebagai antara faktor menyumbang kepada penurunan kes kematian akibat kemalangan.

Katanya, dalam tempoh itu jumlah kematian dicatatkan adalah 257 mangsa dan ia berkuranga­n 42 individu atau 14 peratus berbanding Op Selamat 9/2016 iaitu seramai 299 mangsa.

Selain itu, kadar kemalangan maut turut berkuranga­n kepada 239 kes berbanding 273 kes tahun lalu.

“Tujuan utama operasi ini dilakukan adalah bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk mengambil langkah keselamata­n dalam memastikan mereka selamat sampai ke destinasi.

“Walaupun jumlah kemalangan meningkat iaitu sebanyak 1,420 kes kepada 22,402 kes namun kemalangan maut dan kematian berjaya dikurangka­n.

“Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi mendominas­i jumlah kematian membabitka­n 170 korban nyawa tetapi jumlah itu berkuranga­n 17 kes berbanding tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Selangor dinobatkan sebagai daerah terbaik manakala, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis negeri terbaik Op Selamat 11/2017.

Mengulas lanjut Khalid berkata, analisis Op Selamat kali ini menunjukka­n bahawa faktor terbabas sendiri menjadi punca utama yang menyebabka­n kemalangan maut membabitka­n 65 kes.

“Faktor lain yang menyumbang kepada kematian adalah kecuaian dan kelalaian serta gagal mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

Katanya, sepanjang pelaksanaa­n Op Selamat 11 juga, sebanyak 277,832 saman dikeluarka­n daripada 6,309 operasi yang dilakukan.

Selain itu, katanya kes pecah rumah turut menurun sebanyak 165 kes atau 21 peratus kepada 629 berbanding tahun lalu sebanyak 794 kes.

 ??  ??
 ?? Khalid ?? Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi mendominas­i jumlah kematian membabitka­n 170 korban nyawa tetapi jumlah itu berkuranga­n 17 kes berbanding tahun lalu”
Khalid Penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi mendominas­i jumlah kematian membabitka­n 170 korban nyawa tetapi jumlah itu berkuranga­n 17 kes berbanding tahun lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia