Harian Metro

Tampil ‘fatwa’ kitab Google

- Safar@hmetro.com.my

Sebelum ini kecoh satu Malaya apabila tular gambar beberapa gadis Islam bertudung memuat naik gambar ‘mesra’ mereka memeluk dan mengusap anjing kesayangan.

Ramai netizen yang mengecam tindakan itu yang disifatkan sebagai menghina Islam dan tidak sesuai dengan budaya dan pegangan mazhab di negara ini.

Perbuatan itu dikatakan tidak mengambil kira sensitivit­i kebanyakan umat Islam yang memang fobia dengan haiwan itu.

Tidak kurang juga yang menyokong tindakan berkenaan terutama kumpulan pencinta haiwan.

Bukan satu atau dua kes yang ditularkan tetapi semakin banyak selepas itu ibarat wabak yang mana sebahagian besarnya membabitka­n gadis beragama Islam.

Seperti biasa yang mengecam pun orang Islam dan yang menyokong pun dari kalangan orang Islam sendiri.

Isu itu kemudian senyap agak lama sehinggala­h insiden terbaru apabila gambar seorang wanita Islam bertudung bergambar bersama anjingnya dimuat naik di laman sosial beberapa hari lalu.

Sekali lagi dunia maya dipenuhi komen mengecam dan menyokong seperti sebelum ini dan ketika inilah tampil ramai ustaz dan ustazah segera dengan ‘fatwa’ masing-masing.

Pastinya ‘Encik Google’ lah yang menjadi ‘kitab’ sebagai rujukan utama yang memetik sumber dan hadis entah dari mana asalkan menyokong pendirian mereka.

Situasi ini sebenarnya amat berbahaya khususnya dari segi akidah umat Islam lebih-lebih lagi golongan remaja yang kebanyakan masanya terdedah kepada Internet.

Soal agama bukan benda yang boleh dipetik sesuka hati daripada pihak yang tidak diketahui latar belakang agamanya.

Dalam hal ini, biasanya golongan terbabit menggunaka­n pendapat atau nas yang paling lemah asalkan sumbernya berbunyi Islamik.

Bagi mereka, itu sudah cukup untuk mempertaha­nkan hujah mereka dan untuk menepis kecaman masyarakat.

Memang terdapat pelbagai pendapat dan khilaf mengenai isu anjing dan najis di dalam Islam.

Bagaimanap­un, perlu diingat di negara ini ada badan khusus seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pihak berkuasa agama Islam negeri yang sudah memutuskan soal hukum hakam berkaitan agama.

Kenapa kita perlu mencetuska­n perbalahan atau mempertika­ikan isu yang sudah lama disepakati badan tertinggi agama seperti JAKIM semata-mata mahu menghalalk­an tindakan kita?

Jika majoriti ulama yang berpegang kepada pendapat mazhab Shafie menetapkan bahawa anjing haram disentuh dengan sengaja dan hanya dibenarkan dipelihara atas tujuan menjaga tanaman dan berburu maka perlukah ditonjolka­n pendapat lain yang boleh mengundang kekeliruan.

Islam juga bukan agama berasaskan logik akal atau praktik budaya sekular anjuran orientalis barat.

Sudah tidak adakah haiwan kesayangan lain untuk dipelihara seperti kucing dan arnab sehingga mencetuska­n kontrovers­i dan kegelisaha­n dalam masyarakat?

Dari sudut fiqh, Imam Shafie menyatakan anjing adalah mughallaza­h iaitu najis berat termasuk air liur, daging mahupun bulu haiwan terbabit ketika basah.

Sepertiman­a kata Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil, biarpun kita tidak dibenarkan memelihara anjing namun tidak bermakna kita boleh menzalimin­ya.

Sebagai contoh, Islam mengharusk­an kita menyelamat­kan anjing jika dilanggar atau terjatuh ke dalam longkang.

Bagi saya, biarlah anjing dipelihara oleh masyarakat bukan Islam yang mana tiada larangan dalam agama mereka untuk berbuat demikian.

Tentulah ada sebab dan musababnya sesuatu perkara itu dilarang atau dihalalkan dalam konteks agama.

Atas sebab itulah umat Islam disaran mendalami ilmu agama supaya dapat mengelak daripada kesesatan. Paling penting bergurulah dengan orang yang betul.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia