Harian Metro

CAK! CAK! BAWAH SOFA

Kejutan ratusan pekerja menguli tepung

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Fuad Hadinata Yaacob am@hmetro.com.my Kuala Lumpur

PATI keluar dari tempat persembuny­ian minta izin cuci muka sebelum ditahan

“Tuan tunggu sekejap, saya cuci muka dulu.” Itu permintaan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia kepada pegawai Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur sejurus dicekup di sebuah unit pangsapuri di Bukit Jalil, di sini, semalam.

Lelaki berusia 30-an terbabit sebelum itu berdegil enggan membuka pintu rumah untuk diperiksa, selain bersembuny­i bersama seorang rakan lain.

Susulan itu pegawai JIM Kuala Lumpur terpaksa memecah pintu kediaman itu untuk tujuan pemeriksaa­n.

Sebaik siasatan dilakukan, rakan serumah lelaki itu ditemui berpura-pura tidur ‘mati’ di hujung ruang tamu dalam keadaan berselimut.

Namun pegawai JIM Kuala Lumpur yang membuat pemeriksaa­n mengesan seorang lagi lelaki bersembuny­i dengan menutup tubuhnya menggunaka­n empat bantal sofa.

Selepas disergah, lelaki itu dengan selambanya keluar dari tempat persembuny­ian sebelum meminta kebenaran pegawai JIM untuk cuci mukanya terlebih dahulu sebelum ditahan.

Itu antara aksi lucu disaksikan wartawan dan jurugambar Harian Metro yang mengikuti Op Mega dijalankan JIM Kuala Lumpur di tiga blok pangsapuri di Bukit Jalil bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi semalam.

Operasi diketuai Ketua Penguatkua­sa JIM Kuala Lumpur, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan itu menahan 52 PATI hasil pemeriksaa­n terhadap 150 individu.

Seramai 16 individu ditahan adalah warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak, 23 Bangladesh, lapan Myanmar, dua Senegal dan masing-masing seorang dari Nepal, Sri Lanka dan Gambia.

Pelabuhan Klang: Ratusan warga asing yang leka menguli tepung dan memproses makanan di tiga kilang di Pulau Indah dekat sini, terkedu apabila premis mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, malam kelmarin.

Dalam operasi Op Ikrar mulai jam 3.30 petang hingga 8 malam, 208 warga asing dari semua kilang berkenaan diperiksa dan daripada jumlah itu 50 warga asing termasuk seorang lelaki warga tempatan ditahan.

Bagaimanap­un, ketika serbuan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Penolong Pengarah Imigresen Selangor Jaimin Sumpit berkata, pihaknya melakukan intipan sejak seminggu lalu di premis berkenaan.

Beliau berkata, ketika serbuan semua warga asing berkenaan bekerja di kilang pembuatan roti, kilang pemprosesa­n tepung dan makanan.

Katanya, daripada jumlah itu 49 ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Antara kesalahan ialah warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan menyalahgu­nakan pas.

“Seorang lelaki warga tempatan yang juga wakil majikan ditahan untuk diambil keterangan,” katanya.

Jaimin berkata, warga asing yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 47 tahun.

Menurutnya, daripada 49 warga asing yang ditahan itu 47 adalah lelaki dan dua wanita Indonesia.

“Daripada jumlah lelaki berkenaan, 10 dari Bangladesh, 33 Nepal, tiga India dan seorang dari Filipina,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa memeriksa dokumen warga asing.
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa dokumen warga asing.
 ??  ?? PEKERJA kilang warga asing diperiksa dalam serbuan di Pulau Indah..
PEKERJA kilang warga asing diperiksa dalam serbuan di Pulau Indah..
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa memerhati warga asing yang ditahan memasuki trak.
ANGGOTA penguat kuasa memerhati warga asing yang ditahan memasuki trak.
 ??  ?? WARGA asing dikumpulka­n untuk pemeriksaa­n.
WARGA asing dikumpulka­n untuk pemeriksaa­n.
 ??  ?? MOHAMED Yusoff (kanan) memeriksa warga asing di sebuah rumah.
MOHAMED Yusoff (kanan) memeriksa warga asing di sebuah rumah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia