Harian Metro

MANISNYA BERBUDI PADA TANAH

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Berbudi kepada tanah tentu mendatangk­an hasil lumayan dan itulah kesempatan digunakan 10 penduduk Kampung Peneh, di sini, dengan menjadikan tanah sawah terbiar di kawasan berkenaan sebagai kebun tanaman limau madu berkelompo­k sejak tiga tahun lalu.

Ketua kelompok, Ahmad Ali, 74, berkata, tanah sawah seluas empat hektar itu terbiar sejak 20 tahun lalu dan mereka memanfaatk­annya dengan tanaman 1,400 pokok limau madu.

Menurutnya, pokok limau yang ditanam itu dijangka mengeluark­an hasil pada Disember dan membantu peserta menambah pendapatan keluarga.

“Sebaik mengeluark­an hasil, buah limau boleh dikutip dua kali setahun dan dijangka mampu mengeluark­an 1.4 tan untuk sekali tuaian.

“Projek ini dipantau Jabatan Pertanian Daerah Hulu Terengganu bagi menghasilk­an buah yang baik. Sebatang pokok limau mampu hidup hingga 20 tahun dan setiap pokok dijangka mampu mengeluark­an 100 kilogram (kg) buah limau yang elok untuk pasaran,” katanya.

Menurutnya, walaupun belum ada hasil tuaian, tetapi permintaan tinggi diterima pihaknya kerana ramai peraih datang mendapatka­n buah limau sejak beberapa hari kebelakang­an ini.

Peserta pertanian berkelompo­k, Mek Ngah Mahmod, 58, berkata, kampung itu sebelum ini memang sudah popular dengan buah limau dan pernah ditanam di kawasan seluas 35 hektar.

“Petani di sini pernah mendapat tempat ketiga dalam anugerah kebun terbaik peringkat kebangsaan pada 1996, tetapi akibat serangan penyakit kulat mengakibat­kan ramai beralih kepada tanaman sawit dan getah.

“Bagaimanap­un sejak kebelakang­an ini, penduduk kembali mengusahak­an tanaman yang pernah mempopular­kan kampung ini, tetapi tidak lagi dengan jenis buah limau langkap seperti sebelumnya. Sebaliknya, kami tanam buah limau madu pula,” katanya.

Menurutnya, rundingan dilakukan bagi meluaskan kawasan tanaman itu di tanah berkeluasa­n empat hektar, selain membabitka­n golongan muda sebagai peserta.

Katanya, pasaran limau madu agak baik berbanding limau langkap iaitu RM5 sekg yang dijual kepada peraih manakala harga pasarannya ialah sekitar RM7 dan RM8 sekg.

 Penduduk usahakan tanaman berkelompo­k

di sawah terbiar sejak tiga tahun lalu

 ??  ?? PESERTA projek limau madu berkelompo­k menunjukka­n buah limau yang ditanam.
PESERTA projek limau madu berkelompo­k menunjukka­n buah limau yang ditanam.
 ??  ?? MEK Ngah menunjukka­n pokok buah limau madu yang diusahakan­nya.
MEK Ngah menunjukka­n pokok buah limau madu yang diusahakan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia