Harian Metro

GEMBIRA TAK TERUCAP

-

 Kempen Riuhkan Raya BSN 2017 dekatkan

tiga insan terpisah pada hari bahagia

Ternyata pertemuan yang diaturkan pihak BSN dengan keluarga masing-masing di kampung halaman berlangsun­g dengan penuh emosi terutama ketika ahli keluarga tidak menjangkak­an bahawa pada perayaan tahun ini, BSN memberikan kejutan yang paling bermakna dan dekat di hati mereka.

Jelas terpancar sinar kegembiraa­n di wajah kedua-dua ibu bapa yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata apabila melihat insan tersayang berada di depan mata dan pulang meraikan hari perayaan ber- sama-sama pada tahun ini.

Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar berkata, kempen itu adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) BSN yang diadakan sempena Hari Raya tahun ini.

“Sedikit kelainan pada kempen Ramadan dan Hari Raya kami pada tahun ini. BSN bukan sahaja memberi bantuan bagi persediaan perayaan tetapi kami amat berbesar hati kerana pada tahun ini turut berpeluang memberikan kejutan bermakna buat para pelanggan kami.

“BSN menaja kepulangan penuntut dari luar negara melalui kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk MARA dengan mengenal pasti mereka yang cemerlang dan sudah lama tidak pulang ke tanah air.

Orang ramai boleh saksikan video kejutan kepulangan ini di Facebook BSN Malaysia dan laman myMetro TV,” katanya.

Kempen Riuhkan Raya BSN ini dilaksanak­an menerusi 3 segmen iaitu Segmen 1: Peraduan produk pembiayaan kewangan di mana pelanggan yang berjaya mendapat mana-mana kemudahan pembiayaan dengan BSN sama ada pembiayaan peribadi, perumahan dan lain-lain.

Manakala Segmen 2 merupakan peraduan di Facebook BSN Malaysia iaitu Peraduan Seloka Raya di sosial media dari 1 Jun hingga 16 Jun 2017 dan Segmen 3 yang fokus kepada aktiviti tanggungja­wab sosial yang menaja tiket penerbanga­n pulang beraya.

Bagi segmen 1 & 2 seramai 800 pemenang menerima baucar hadiah bernilai RM200 di Jakel dan Mydin, petrol di Petronas, tambah nilai kad Touch n Go dan hiasan rumah di SSF Home Deco.

Kempen ini adalah lanjutan daripada kempen Ramadan dan Hari Raya BSN pada tahun-tahun lalu iaitu kempen #BSNkataYan­gPentingIk­hlas dan kempen #BSN40Kebai­kan yang bertujuan memberi balik serta membantu para pelanggann­ya pada bulan

Ramadan dan menjelang hari raya.

 ??  ?? HAFIZAH teruja menemui ibunya selepas lama tidak bertemu.
HAFIZAH teruja menemui ibunya selepas lama tidak bertemu.
 ??  ?? IBU bapa menyambut Anis bersama suami dan cucu mereka.
IBU bapa menyambut Anis bersama suami dan cucu mereka.
 ??  ?? HAFIZAH memeluk ibunya sebaik ditemukan selepas dua tahun terpisah.
HAFIZAH memeluk ibunya sebaik ditemukan selepas dua tahun terpisah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia