Harian Metro

Ketuhar gelombang mikro ‘plastik’

-

sebuah penggoreng elektrik yang semuanya berjumlah RM4,000.

Menurut Elina, dia yang berniaga secara kecilkecil­an tertarik membeli peralatan berkenaan sebaik melihat iklan di laman jual beli berikutan harga yang ditawarkan cukup murah berbanding harga pasaran.

“Sebagai peniaga kecil, peralatan berkenaan memang akan memudahkan lagi kerja saya. Lagipun, di negara ini peralatan seperti jenama yang saya mahukan itu agak terhad, jika ada sekalipun dijual agak mahal.

“Oleh kerana harga yang ditawarkan menarik dan selepas mencapai persetujua­n dengan penjual menerusi aplikasi WhatsApp, saya bersetuju membeli dan membuat pembayaran penuh secara terus ke akaun penjual,” katanya.

Elina berkata, urusan pembelian berjalan lancar dan dia membayar RM4,000 termasuk kos penghantar­an menerusi kurier malah, penjual juga turut memberikan kod pengesanan kepadanya.

Namun, selepas hampir tiga minggu menunggu dan sebaik barangan yang dibeli tiba, dia terkejut apabila mendapati hanya menerima dua kotak kayu berisi pinggan dan cawan plastik.

“Saya terus

menghubung­i penjual dan pihaknya menafikan menghantar barangan terbabit, sebaliknya mempunyai bukti menghantar barangan elektrik yang sebenar.

“Saya kini dalam proses untuk menuntut balik duit yang sudah dibayar. Justeru, saya harap orang ramai berhati-hati apabila berurusan dalam talian, khuatir menerima nasib seperti saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia